Satu kejadian
culik telah berlaku pada 27/04/2012 jam lebih kurang 7.30 pagi di kawasan mount
kiara kuala lumpur. Mangsa seorang pelajar berumur 12 tahun telah diculik oleh
dua lelaki cina menaiki kereta jenis proton gen2. Semakan dibuat dapati nombor
pendaftaran yang digunakan adalah palsu.
Pada hari yang
sama sebelah petang bapa mangsa telah menerima ugutan dari suspek yang menuntut
keluarga mangsa membayar sebanyak rm 1 juta. Ugutan dan tuntutan tersebut
berterusan sehingga 02/05/2012.
Pada 03/05/2012
jam 0750 pagi mangsa telah dibebaskan di hentian rehat rawang (lebuhraya utara
selatan) setelah sejumlah wang sebanyak rm300,000.00 di bayar oleh keluarga
mangsa.
Hasil siasatan
lanjut, pada 07/05/2012 dan 08/05/2012 beberapa tangkapan telah dibuat oleh
pihak polis. Tangkapan pertama di ipoh perak dimana (3) lelaki cina telah
ditangkap dan diikuti oleh seorang wanita juga di ipoh. Seterusnya (2) lagi
lelaki cina telah berjaya ditangkap disekitar lembah kelang. Keseluruhan
tangkapan setakat ini seramai 5 lelaki dan seorang perempuan yang berumur
antara 19 hingga 40 tahun.
Hasil dari
tangkapan, pihak polis berjaya merampas sejumlah wang tunai. Pemeriksaan
mengesahkan bahawa wang yang dirampas tersebut adalah wang tebusan. Disamping
itu kenderaan yang digunakan untuk menculik mangsa turut di rampas. Polis juga
telah mengesan sebuah rumah di ipoh, perak dimana mangsa dipercayai ditahan.
Siasatan lanjut
masih diteruskan untuk menjejak saki baki penjenayah yang terlibat dalam kes
ini.
Dalang di
sebalik kes penculikan kanak-kanak ini telah melarikan diri ke luar negara
selepas kanak-kanak berkenaan dibebaskan
Polis memohon
bantuan orang ramai untuk mengesan dua suspek yang dipercayai dapat membantu
siasatan polis. (gambar dan butir-butir seperti dikepilkan).
Ini adalah satu
kes yang terpencil yang melibatkan pelajar warganegara asing diculik untuk
tebusan. Walaupun demikian pihak polis sentiasa memandang serius dan sentiasa
mengambil tindakan tegas dalam situasi ini.
Polis juga
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat
sehingga tertangkapnya kumpulan penjenayah ini. Polis juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada keluarga mangsa di atas kerjasama dan memahami tugas yang
dilaksanakan oleh polis. (Facebook Polis KL)-MynewsHub
Sumber: http://assassincyber.blogspot.com
x knal..da jmpa lom?
ReplyDeleteXtaw la.Harap2 jumpa la noh...
ReplyDelete