ANAK LELAKI KEPADA BEKAS PERDANA MENTERI AUSTRALIA TELAH MENGAHWINI
SEORANG WANITA MELAYU DARI PULAU PINANG. TETAPI YANG TIDAK SEDAPNYA APAKAH ANAK
LEKAKI KEVIN RUDD(BEKAS PERDANA MENTERI AUSTRALIA) MEMELUK ISLAM ??? INI YANG
TELAH DIPERJUANGKAN OLEH IFC SEDIKIT MASA DULU DAN SEKARANG DITAMBAH PULA
DENGAN LGBT. ISLAM SEMAKIN DITEKAN DARI SEGALA SUDUT. SEBELUM INI JUGA KITA
DIGEMPAQKAN DENGAN SEORANG ANAK MELAYU BERKAHWIN SEJENIS DI LUAR NEGARA, KINI
ZARA SHARIFUDDIN PULAK DI GEREJA ST JAMES DI KING STREET SYDNEY AUSTRALIA....
KENYATAAN DI BAWAH MENCERITAKAN SEGALANYA....
SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan
menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini,
kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman. “Pas Selangor sudah mendapat
arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak
lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah.
Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah
video) tidak penting. “Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi
tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan
mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada
Sinar Harian, semalam. Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa
menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam. “Isu
murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar
orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa. “Kalau Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi.
Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.
Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih
berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet
dan sebagainya. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR
Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’
seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan
pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
> petikan daripada sumber kps(komandoperandsiber).sahabat baik saya.