Utusan Malaysia 26 Mei 2012
Saya sebenarnya sudah malas untuk
menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya
terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra
kiasu, malas atau tidak, terpaksalah juga saya tampil, bukan membela, tetapi
berkata benar.
Isu bukan Melayu sebagai Perdana
Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu
lagi. Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti
Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi. Bermula daripada ucapan-ucapan
mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU
1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12
Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.
Saya tidak ingin mengungkap lagi apa
yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat
melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku
sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng
Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.
Kata-kata seperti “Melayu sudah
jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”, “Ini negeri bukan Melayu punya”,
“kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa
yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan.
Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.
Pada saya yang baik itu, baiklah.
Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.
Hari ini mereka nampak lembut
terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa telah
diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat
sokongan dalaman, tetapi juga luaran, terutama pulau kecil di selatan tanahair
yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa
sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu
berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.
Ultra kiasu anak beranak itu cuba
mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan
bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya,
berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang
Melayu.
Ya, saya tidak nafikan, tetapi
jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah
timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.
Sama seperti isu perkataan
‘pendatang’. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu
yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain.
Inilah adab-adab yang perlu kita belajar. Saya cadangkan parti ultra kiasu ini
menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa
Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum
lain, terutama bangsa majoriti.
Isu bukan Melayu menjadi Perdana
Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah
mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak
sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu
Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya
orang-oarng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil,
cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.
Daripada 39 peratus orang Melayu di
Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah
pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno, Dato’ Syed Jaafar Albar,
yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia
lebih daripada 30 tahun. Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu
kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil
rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan
kegemaran mereka.
Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur
nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa
orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew,
1965; Flether, 1969).
Saya yakin ramai ultra kiasu masih
terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu. Saya tidak nampak Utusan bersikap
tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Jika tidak
benar, samanlah. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang
lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara
Keadilan dan Harakah.
Pemimpin ultra kiasu berkata,
"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/
masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah
Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan
akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang
lebih.
Saya berpegang kepada prinsip, “kita
tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang,
tanpa tentangan”.
Menurut ultra kiasu, Utusan sengaja
mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan
berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan
hilang kuasa politik.
Pada saya, bukti sudah jelas di
depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu
memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi
presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan
berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot,
imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra
kiasu sudah termaktub dalam sejarah.
Lepas ini mungkin ada yang berkata
dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya.
Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu
murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada
Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan
jahat orang lain.
Kenyataan balas pengerusi ultra
kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka
setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang
menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang
matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.
Pada saya, jika benarpun dari segi
undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah
mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara
tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri?
Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.
Saya bukan membela Utusan atau
membela Umno. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu
bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang. Yang baik, sokonglah,
yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra
kiasu Melayu, buat baik, salah, buat jahat, lagi salah. Semua jadi serba salah.
Inikah ciri orang bertamadun?
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee
Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan
dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia