Merusuh di jalanan haram -
Majlis Fatwa
SEPANG 6 Mei - Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang hari ini, memutuskan
tindakan individu yang menyertai demonstrasi haram, Bersih 3.0 di ibu negara
baru-baru ini adalah haram.
Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan
Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ia kerana tindakan tersebut
mempunyai niat
dan menghasilkan natijah tidak baik kepada agama, bangsa dan negara.
Katanya, perbuatan itu juga haram
sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi
undang-undang.
"Kita mengikut pandangan ahli
sunah (ia) adalah haram, bukan saja Bersih 3 ada banyak lagi asalkan tujuannya
tidak baik, hasilkan natijah tidak baik, langgar undang-undang dan sebagainya
(sebaliknya) ada pilihan yang baik, maka ia berdosa.
"Sebab itu muzakarah ini yang
disertai oleh mufti-mufti menasihatkan umat Islam bertindak ikut pandangan
Islam dan ikut akal yang rasional
kerana akal yang waras tak pernah
bertentangan dengan hukum agama," katanya ketika ditemui selepas
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini hari ini. - UTUSAN
APA "PAS" KATA?
“Jangan Sempitkan Fatwa
Melibatkan Demonstrasi Sahaja Tapi Juga Melibatkan Kepincangan Pilihanraya Yang
Menjadi Tujuan Kepada Demonstrasi”

"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar yang dituntut oleh Islam. Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut 8 perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat pincang. Ia merupakan sebahagian tugas Amr Ma'ruf Nahi Mungkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam. Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara."

<SUMBER DRPD: http://ulamak.pas.org.my
>Sebenrya CS dah jangka dah JAWAPAN2 drpa orang PAS ini. Mereka...entah nak cakap apa pun tak taw dah. Mungkin depa ja betoi. FATWA TGNZ ja betoi dan depa boleh tima. kalo JAKIM punya FATWA depa mana maw dengaq. Tak lut aish hati depa nak dengaq fatwa yang dikeluaqkan oleh JAKIM nih.. Tak taw la.. Nak kata apa dah. Dah Bosan dah dengan DEPA2 nih. Harap Tuhan Tunjuk Kat Depa2 semua Jalan yang Benar dan Hak. Semoga Allah beri kita Taufik dan Hidayahnya kat kita semua..amin...
No comments:
Post a Comment
Hampa komen la apa pun. jangan sampai komen tuh terkeluar akidah dek kata-kata ampa sudah. komen membina lagi bagus. tak salah nak suarakan pendapat masing-masingkan.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...