Friday 11 May 2012

Cubaan Ikhwanul Muslimin Mesir Menjatuhkan Kerajaan Malaysia



ada penerangan dibawah ini


Jadikan Iktibar peristiwa yang berlaku di mesir ketika masa dulu...

Semoga Allah mengekalkan NIKMAT keamanan di negara Kita ni.Amin.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit saja yang BERSYUKUR kepada Allah seperti yang digambarkan oleh Allah dalam FIRMANNYA didalam Al-Quran...

Semoga Allah Jaukan Niat jahat Kaum Khawarij tuk Jatuhkan Kerajaan Malaysia.
Ya Allah..tolonglah Kami,Ya Allah.

HUDUD

TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD


Semoga anda mendapat mafaat dari CERAMAH ustaz KAZIM ni, Dan faham APA itu ISLAM sebenarnya


thanks. Sudi mendengar dan menonton video diatas

PAS TETAP DENGAN PENDIRIANYA






1. MB Kedah yang terkenal dengan suka cakap sbelum berfikir telah membuat kenyataan yang menghina Mahkamah Tinggi Alor Star. Beliau berkata kerja-kerja merobohkan madrasah itu kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan secepat mungkin meskipun KES berkenaan dibicarakan di mahkamah. Ini kerana dakwa beliau, permohonan injunksi yang difailkan itu bukan untuk menghalang madrasah itu dirobohkan tetapi disebabkan mereka tidak bersetuju mengenai cara penjualan tapak premis tersebut. Dalam mahkamah sedang bicara pun kita boleh buat sebab mereka bukan minta ijunksi menghalang kerja meroboh.

2. Persoalanya ialah kenapa MB Azizan Razak terlalu ghairah untuk meroboh rumah ibadat orang Islam yang di bina sekian lama melebihi 100 tahun dan mendapat kebenaran Majlis Agama Islam tetapi memejam mata terhadap beratus ratus kuil dan tokong haram yang ada diseluruh negeri Kedah? Jawapanya mudah dan semua orang tahu ialah WANG !

3. Adakah MB Azizan baca habis habis writ saman oleh AJK madrasah, PERKARA (b) writ saman jelas menyatakan saman injunksi bertujuan menghalang bangunan madrasah dirobohkan dan selain itu AJK minta tanah dikembalikan, AJK Madrasah juga mempertikai cara pengambilan tanah dibuat dan memohon ganti rugi.

4. Keputusan penghakiman akan dibuat pada 4 Jun 2012 jam 9 pagi. Ini bermakna MB Azizan telah mendahului penghakiman mahkamah dan tidak menghormati Hakim serta mahkamah. MB Azizan sebagai seorang Islam yang berpendidikan dalam bidang agama perlu ingat Peristiwa Memali, mahukah beliau melihat kejadian buruk pertumpuhan darah seperti di Memali berulang di Kedah ?



Disini dapat kita amati jelas terpancar Dihati Bloger yang begitu sayangkan madrasah yang telah dibina sejak seratus tahun yang lalu kini hendak diroboh dengan sebab hendak membina SHOPPING KOMPLEKS??

Dimana letaknya Pendirian Mu Wahai Azizan? Kenapa mesti Madrasah Yang hendak dirobohkan? Kalau lah macam ini Corak Pentadbiran MB kedah.CS boleh Nampak dimana Hala Tuju Pas Jika Mereka memegang Tampuk Pimpinan untuk mentadbir Malaysia Kelak.

Jangan Anda hairan Nanti jika banyak Masjid/madrasah/surau akan dirobohkan dek kerana hendak ingin membuat Pembangunan...

Doakan..Semoga Orang-orang Islam dimalaysia Bersatu. Dan mengetepikan Perbezaan ideologi Politik kerana Cs amati Umat Islam dimalaysia Kini banyak tinggalkan Suruhan Ugama dan lebih Cintakan Dunia berbanding Akhirat..

Minta Allah memberi kita ketetapan hati dalam membuat keputusan.Amin.

KELAB MURTAD DI MALAYSIA?

DUNIA AKHIR ZAMAN...

Wujudnya satu laman blog http://kelab-murtad.blogspot.com yang telah ditubuhkan 10 Mac 2012, CS mendapat tahu kemujudan laman blog ini darpd rakan bloger yang lain. takut CS membaca apa yang ditulis oleh penulisnya. 




Adakah Si penulis itu adalah orang islam atau tidak? Jika dia orang islam mengapa Beliau sanggup berbuat demikian?

Disini timbulnya satu persoalan dalam diri CS mengapa ada MUSLIM yang sanggup berbuat demikian?

Adakah ia disebabkan kebebasan yang berleluasa?

Bukankah ISLAM itu datang dengan SYARIAT?

Disini bukan lagi salah kerajaan ka apa ka. Tetapi salah individu itu sendiri. Bukan salah keluarganya. Mungkin CS rasa Si penulis ini JAHIL dalam soal agama. hurm Semoga Allah memberi Beliau Taufik dan Hidayah kepadanya.. Itu jika dia seorang Islam. Jika dia non-muslim, semoga Allah memberi dia peluang untuk kenal ISLAM..

Mungkin beliau tidak nampak keindahan ISLAM di matanya dek kerana sikap orang islam sendiri di Malaysia, Nah disitu dapat kita sama-sama merenung sedalam-dalamnya dan muhasabah diri kita dimana salah kita selama ini.

Hurm..semoga Allah memberi Kita kekuatan dalam menempuh Dugaan Akhir Zaman ini. Insyah Allah.

Thursday 10 May 2012

KENA HACK SEBAB KEBENARAN.....


Blog Pena Minang Kena Hack Selepas Bongkar BERSH 3.0 Tanah Haram





Nampaknya mereka semakin terdesak dan semakin takut sehinggakan mereka sanggup guna cara paling kotor dan jijik untuk memadamkan bukti. Tak sangka mereka begitu takut dengan pendedahan Pena Minang & Abu Aqif Studio sampai sanggup mereka hack dan delete blog pena minang. Butir² penting masih selamat. Jangan risau, kami tetap akan bongkar!

Tapi, walaupun mereka menggunakan cara kotor ini, kami tetap akan mendedahkan perkara ini. Info berkaitan telah pun disalurkan kepada pihak berwajib, Info lengkap akan siap sedikit masa lagi. Mari kita doakan supaya penjenayah BERS
H 3.0 di Tanah Haram ini akan dikenakan tindakan yang sepatutnya oleh Kerajaan Saudi di atas maksiat yang mereka lakukan. Kesucian Tanah Haram Mesti dikekalkan. Semoga Allah memelihara Tanah Haram.


>Dahsyat nohhh... Takut punya pasal. sanggup buat macam-macam...hurm..pening.


TOLONGLAH PAS...JANGAN ROBOHKAN.. KENAPA MESTI MADRASAH NAK ROBOHKAN????????


Madrasah Salihiah akan dirobohkan - MB Kedah


ALOR SETAR 9 Mei - Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Peguam Jesvinder Jit Singh memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.

MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa pelaksanaan projek Aman Central dan Amansuri Residences bernilai RM100 juta di tanah milik Bina Darulaman Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.

Kedua-dua projek itu dilaksanakan oleh syarikat Kumpulan Belleview.

"Setakat ini sembilan batang piling telah selesai ditanam. Projek ini akan berjalan mengikut perancangan dan saya harap selepas ini tiada lagi gangguan," katanya. - BERNAMA

> Patutkah  Datuk Seri Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah hendak merobohkan MADRASAH hanya untuk MEMBINA  kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta? hurm dimanakah letaknya kewarasan akal dalam mentadbir NEGERI nih?... itu ALASAN yang tidak rigid yang boleh diterima pakai... hurm sedihnya dengaq....


> Hurm dulu mengata UMNO/BN tidak pandai tadbir negara.. tapi sekarang BAQU pegang 4 buah Negeri dah kucar kacir. Mcm mana nih nak TADBIR MALAYSIA?


> MORAL OF THIS STORY... Sudah2lah MENGATA orang..Kan dah jadi depan batang HIDUNG baru HAMPA TAW!!!





TOLONG CARI WAJAH-WAJAH PENCULIK YANG MENCULIK NAYATI TEMPOH HARI... TOLONG SEBARKAN



Satu kejadian culik telah berlaku pada 27/04/2012 jam lebih kurang 7.30 pagi di kawasan mount kiara kuala lumpur. Mangsa seorang pelajar berumur 12 tahun telah diculik oleh dua lelaki cina menaiki kereta jenis proton gen2. Semakan dibuat dapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

Pada hari yang sama sebelah petang bapa mangsa telah menerima ugutan dari suspek yang menuntut keluarga mangsa membayar sebanyak rm 1 juta. Ugutan dan tuntutan tersebut berterusan sehingga 02/05/2012.

Pada 03/05/2012 jam 0750 pagi mangsa telah dibebaskan di hentian rehat rawang (lebuhraya utara selatan) setelah sejumlah wang sebanyak rm300,000.00 di bayar oleh keluarga mangsa.

Hasil siasatan lanjut, pada 07/05/2012 dan 08/05/2012 beberapa tangkapan telah dibuat oleh pihak polis. Tangkapan pertama di ipoh perak dimana (3) lelaki cina telah ditangkap dan diikuti oleh seorang wanita juga di ipoh. Seterusnya (2) lagi lelaki cina telah berjaya ditangkap disekitar lembah kelang. Keseluruhan tangkapan setakat ini seramai 5 lelaki dan seorang perempuan yang berumur antara 19 hingga 40 tahun.

Hasil dari tangkapan, pihak polis berjaya merampas sejumlah wang tunai. Pemeriksaan mengesahkan bahawa wang yang dirampas tersebut adalah wang tebusan. Disamping itu kenderaan yang digunakan untuk menculik mangsa turut di rampas. Polis juga telah mengesan sebuah rumah di ipoh, perak dimana mangsa dipercayai ditahan.

Siasatan lanjut masih diteruskan untuk menjejak saki baki penjenayah yang terlibat dalam kes ini.
Dalang di sebalik kes penculikan kanak-kanak ini telah melarikan diri ke luar negara selepas kanak-kanak berkenaan dibebaskan

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan polis. (gambar dan butir-butir seperti dikepilkan).




Ini adalah satu kes yang terpencil yang melibatkan pelajar warganegara asing diculik untuk tebusan. Walaupun demikian pihak polis sentiasa memandang serius dan sentiasa mengambil tindakan tegas dalam situasi ini.

Polis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya kumpulan penjenayah ini. Polis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga mangsa di atas kerjasama dan memahami tugas yang dilaksanakan oleh polis. (Facebook Polis KL)-MynewsHub


Sumber: http://assassincyber.blogspot.com

Wednesday 9 May 2012

NASRUDIN HASSAN TANTAWI...DIBASUH DALAM FB?? DAHSYAT2.....?


>CS nak tergelak dengan jawapan NASRUDIN diatas... ada ka plak jawab macm tuh.. ITULAH akibat terlalu nampak salah orang2 UMNO/BN.. semua salah. apa kerajaan buat..semua salah. semua tak betul.. bukalah hati dan minda anda. jangan disempitkan. Buka seluas2nya. banyakkan membaca surah al-insyoroh na. Semoga lembut hati.Mudah dterima teguran. Dan nampak mana perjuangan Islam yang sebenar2nya...

Makanan Rohani

Semoga Allah Memberi Kita zuriat yang Soleh dan Soleha.. Amin Ya Allah. Sesungguhnya Merekalah Perhiasan Dunia yang Paling Indah Buat kami Ya Allah...

>semuga.. ini dapat Membuka pintu Hati2 kita... Amin...

NIK AZIZ is FATHER OF KAFIR? Dahsyat!!


Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor (gambar) menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.








Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan rakyat. " Beberapa tahun lalu, beliau berkata, penyokong Umno akan masuk neraka dan sekirannya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai Pas." Dan..dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi..lihatlah Pas sekarang, mereka berpakat dan bersekonkol dengan DAP, sebuah parti politik yang terang-terang menolak negara Islam. " kata Tan Sri Rahim.








> Hurmmm... Janganlah Mudah sangat nak jatuh Ukum Kat owang,itu kafir ini kafir.. ha! sekarang TUHAN dah tunjuk dahkan... Banyakan Istigfar TGNZ dan Juga Kepda Umat Islam yang lain terutamanya CS.. Kita ni..bukanlah HEBAT sangat. tak hebat MANA pun. Kita ini hidup tuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Bukanya NAK BUAT musuh DENGAN orang yang SEAGAMA dengan kita!!..


> Ingatlah banyak ULAMA yang Tersungkur Dihadapan RAB bul JALIL dek kerana keangkuhan dan kesombongan dengan ILMU yang depa ADA!! 


> Kita nak Masuk syurga ALLAH bukan ATAS solat KITA!! sedekah kita atau pun amalan lain yang kita kerjakan di DUNIA nih!! TAPI ATAS RAMATULLAH!!..atas RAHMAT Allah!... SEMOGA ALLAH PANDANG KITA DIAKHIRAT SANA...amin...Ya Allah...

DULU MASUK SURAU, DI RUANG TEMPAT SOLAT TAK PAKAI PAKAIAN SOPAN...KINI...MACAM NI PULAKKKK...



 Peristiwa di Surau Al Huda, Taman Kajang Sentral pada Ogos tahun lalu dimana ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk tempat solat dengan pakaian tidak tutup aurat.

Kini diulanginya dengan cara yang berbeza.....


4 buah buku Al-Quran disumbangkan kepada pihak masjid. Lihat pembantu Teo tak menghormati Quran dan memegang tanpa berlapik 

Teo Nie Ching bersenam robik berpakaian ketat diperkarangan Surau Taman Maju Cheras, Balakaong

> Hurmm... Pada CS isu ni... tak patutlah non-muslim nak permainkan.. CS rasa non-muslim sendiri pun tahu sensitiviti umat islam kat malaysia nih!! jangan nak cemarkan UGAMA ISLAM!!... 

Hasan Ali Nak Saman Mahfuz Omar....


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berhadapan dengan tuntutan ganti rugi yang belum ditentukan jumlahnya oleh mahkamah ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Writ saman difailkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu melalui peguam Kamarul Hisham dan Hasna Rezua dengan menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau.

"Saya sudah katakan berulang kali bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-dua ahli parlimen itu berniat jahat, tidak berasas dan ditimbulkan sebagai sesuatu yang dirancang bagi memburukkan nama baik saya dan pertubuhan NGO yang saya tubuhkan sebagai percubaan untuk merosakkan kerjaya politik saya," katanya dalam satu sidang media di rumahnya tadi.

Selain itu, turut difailkan ialah injunksi bagi menghalang defendan untuk terus memberi komen, mengulangi kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Saman dikemukakan ekoran Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa terdapat dana dari Kementerian Belia dan Sukan telah disalurkan kepada Hasan bagi tujuan penganjuran sesi ceramah beliau ke seluruh negara.

"Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena juga melalui satu sidang media dengan lantang menyebut bahawa gerakan kerja saya bersama JATI dibiayai melalui kontrak jangka panjang oleh Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta," katanya.

Sementara Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan Jalur Tiga (JATI).

"Ahli parlimen Shah Alam telah memfitnah saya melalui satu sidang media di mana beliau mengatakan terdapat syarikat-syarikat tertentu yang beliau menamakan syarikat-syarikat tersebut telah menyediakan dana am menaja program 'roadshow' saya termasuk majlis.

"Beliau berkata syarikat-syarikat tersebut telah menyediakan dana menaja program 'roadshow' saya termasuk Jati pada bulan Februari lalu," katanya dalam satu sidang media di rumahnya tadi.

Untuk rekod notis saman telah diserahkan kepada Ahli Parlimeh Shah Alam itu dan pengurusan kes tersebut dijalankan pada 30 April lalu.
Sementara notis ke atas Ahli Parlimen Pokok Sena pula belum dapat diserahkan namun mahkamah telah pun menetapkan pengurusan kes diadakan pada esok.

Hasan selain itu berkata beliau yakin akan menang ke atas kes saman terhadap Mahfuz dan Khalid.

"Sebab itu saya katakan saya mempunyai hujah-hujah tertentu, untuk mengatakan kes ini mempunyai asas-asas yang sangat kukuh dan kemungkinan untuk dimenangi di mahkamah nanti adalah begitu besar," katanya.


>tonton Video dibwah Ini....



>fikirkan kenapakah Hasan Ali begitu Yakin Dengan Kemenangany Keatas Saman yang akan dibuatny kpada Dua Hamba Allah, iaitu Mahfuz Omar dan Khalid Samad....

Tuesday 8 May 2012

NIk Aziz lagi hebat daripada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan


Tak perlulah Untuk Terlalu Taksub Pada Parti Wahai TGNZ....


Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, “… apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”

Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah. Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat. 

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS. Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH? 

Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya. Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa.

Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak. Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa. 

Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri. Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti. Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS. 

Nik Aziz harus sedar bahawa di luar ‘dunia PAS’ yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik. Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali. Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya. 

Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa. Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya. Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa. 

Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri. Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.

AKiBAT TERLALU TAKSUB PADA PARTI.....


> CS mendapat maklumat yang sohih darpda bloger http://mkedah.blogspot.com yang menyatakan bahawa Pas dikedah Menggunakan Khutbah sebagai medium Untk Menghetam Kerajaan...

uhhh...malangnya... Khutbah yang sepatutnya patut disampaikan kepada umum dengan isu2 yang berkaitan semasa.. tetapi disalah ertikan oleh segelintir2 PENYOKONG2 pas yang nyata terlalu taksub pada parti mereka, dan sanggup mengunakan KHUTBAH sebagai tempat untuk menghentam kerajaan...

adakah ini yang dimaksudkan perjuangan yang berlandaskan islam?

sebenarnya, Mengikut riwayat Nabi bersabda.. kita membuat sesuatu tu, sepatutnya besederhana.. jangan terlalu taksub... kembalilah kepada yang HAK.. sesungguhnya..yang HAK tetap Menang dan Akan menghapuskan Kebatilan...


KEPUTUSAN MAJLIS FATWA DEMONSTRASI 3.0 ADALAH HARAM


Merusuh di jalanan haram - Majlis Fatwa

SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang hari ini, memutuskan 
tindakan individu yang menyertai demonstrasi haram, Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ia kerana tindakan tersebut 
mempunyai niat dan menghasilkan natijah tidak baik kepada agama, bangsa dan negara.

Katanya, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang.

"Kita mengikut pandangan ahli sunah (ia) adalah haram, bukan saja Bersih 3 ada banyak lagi asalkan tujuannya 
tidak baik, hasilkan natijah tidak baik, langgar undang-undang dan sebagainya (sebaliknya) ada pilihan yang baik, maka ia berdosa.

"Sebab itu muzakarah ini yang disertai oleh mufti-mufti menasihatkan umat Islam bertindak ikut pandangan Islam dan ikut akal yang rasional
kerana akal yang waras tak pernah bertentangan dengan hukum agama," katanya ketika ditemui selepas 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini hari ini. - UTUSAN


APA "PAS" KATA?

“Jangan Sempitkan Fatwa Melibatkan Demonstrasi Sahaja Tapi Juga Melibatkan Kepincangan Pilihanraya Yang Menjadi Tujuan Kepada Demonstrasi”

tn_haruntaib_06 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihanraya yang menjadi sebab kepada berlakunya demonstrasi. Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib, mengulas pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung demonstrasi BERSIH 3.0 hari ini.

"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar yang dituntut oleh Islam. Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut 8 perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat pincang. Ia merupakan sebahagian tugas Amr Ma'ruf Nahi Mungkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam. Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara."
dr.khairuddin02 Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan, "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja tetapi perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya. Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara Amar Ma'ruf Nahi Mungkar mewakili rakyat."
<SUMBER DRPD: http://ulamak.pas.org.my

>Sebenrya CS dah jangka dah JAWAPAN2 drpa orang PAS ini. Mereka...entah nak cakap apa pun tak taw dah. Mungkin depa ja betoi. FATWA TGNZ ja betoi dan depa boleh tima. kalo JAKIM punya FATWA depa mana maw dengaq. Tak lut aish hati depa nak dengaq fatwa yang dikeluaqkan oleh JAKIM nih.. Tak taw la.. Nak kata apa dah. Dah Bosan dah dengan DEPA2 nih. Harap Tuhan Tunjuk Kat Depa2 semua Jalan yang Benar dan Hak. Semoga Allah beri kita Taufik dan Hidayahnya kat kita semua..amin...




Monday 7 May 2012

Datuk Seri Shahrizat Jalil melawat makcik yang terlantar Di Hospital akibat "BERSIH 3.0"....



hurm kesian MAKCIK........

“Jangan benarkan Datuk Seri Najib Razak datang ke sini, kalau dia datang juga, saya akan baling (dia) dengan selipar,” kata Faridah Abdul, 50, mangsa keganasan polis.Demikian respon Faridah ekoran tindakan Najib meredakan kemarahan rakyat ekoran tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu.“Semalam, Najib dan beberapa Menteri Kabinet mahu datang melawat dan saya beritahu, saya tidak mahu dia datang ke sini, kalau datang juga, saya akan baling selipar padanya. “Kalau dia pemimpin rakyat, mengapa nak lawat saya sahaja, lawatlah juga pesakit lain, nampak sangat tujuan Najib untuk kepentingan politik, saya tidak akan maafkan Najib dan kerajaan Umno BN akibat tindakan ganas ini,” katanya geram. Menceritakan detik-detik cemas itu, Faridah berkata, sebelum beliau terjatuh, sekumpulan polis berpakaian preman menjerit ‘Anwar arah baling pada polis’ yang disifatkannya bertujuan provokasi kepada peserta himpunan. “Saya juga hairan kenapa ada sekumpulan berbaju Bersih dari atas bangunan yang membaling asap kepada peserta dan ini pastinya adalah SB (Pegawai Cawangan Khas) yang menyamar. “Begitu juga yang memijak saya, anak saya melihat mereka bukan orang biasa kerana kasut yang dipakai berwarna hitam dan jarang-jarang dilihat,” katanya yang cedera di kedua belah tangan dan menerima jahitan di kening kanan semasa ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Hadir dalam lawatan itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan. Turut serta, Pengarah Guaman, Latheefa Koya. Menurut Faridah, beliau akan berbincang mengenai perkara itu bersama keluarganya sebelum menyaman kerajaan Malaysia. “Semasa Datuk Seri Shahrizat Jalil datang semalam, saya juga beritahu padanya yang saya akan saman dan beliau beri respon akan siasat. “Saya jawab balik, siasat apa kalau Hakim pun kamu punya, saya nak panggil dia ‘Lembu’ tak sampai hati, tapi saya layan dia sebagai tetamu,” kata Faridah lagi.

>ANDA BOLEH TONTO VIDEO DIBAWAH INI, TENTANG SEORANG MUSLIMAH YANG AKUR DENGAN PEJUANGANYA ITUU


> Sebenarnya dulu dah post dah cita MAKCIK ni. tapi hari ni cam nak post lagi lahh!!

KELUAQ DAP


KENALKAH ANDA SIAPA GERANGAN ORANG INI?


> Anda mesti tertanya2 siapakah insane di atas bukan? Beliau adalah seorang INSAN yang berhati mulia dan sanggat sayangkan islam. Beliau adalah MOHAMED RAZALI BIN ABD RAHMAN. Beliau adalah bekas Setiausaha DAP dan Timbalan Ketea Pemuda DAP.

Beliau keluar DAP, atas kesedaran beliau diatas perjuangan PARTI DAP yang mempunyai niat jahat Kepada UGAMA kita iaitu ISLAM.

Ini dapat dibuktikan,beliau pernah tinggal di gereja selama 2 minggu,dan pada ketika itu Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.

Diatas kesedarannya sendiri mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu.
DAP juga berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya mengatakan:

"we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."

Lantas daripada peristiwa itu Razali ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang isu ini. Dalam masa yang sama Mat Sabu mengarahkannya supaya menarik balik laporan yang dibuatnya itu.

Guang Eng pernah menawarkan kepadanya kemewahan Dunia iaitu:

“Guan Eng menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis.”


DIBAWA INI ADALAH RANCANGAN BESAR DAP, YANG TELAH DIBERITAHU OLEH  MOHAMED RAZALI BIN ABD RAHMAN:

SUMBER DARI SEBUAH BLOG MESRA KERAJAAN............
Tolong sebarkan jihad kita ini kpd semua umat Islam tanahair akan perancangan kafir DAP yg cukup membimbangkan kita dalam PRU13 ini. Ini dikatakan sendiri oleh seorang BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman "Perancangan Kotor DAP Jika Menawan Putrajaya"

1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republik.
2. Agama Rasmi Kristian.
3. YDPA/ YDPN perlu dilantik darI kalangan bukan Melayu.
4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan. 
5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) coz azan menganggu Cina nak tido dipagi hari.
6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan. Coz membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun x buat pertandingan sebegini.
7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).
8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.
9. Anak yg baru lahir x semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.
10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.
11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajor hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.
12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.
13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.
14. Syarikat GLC akan diterajui oleh org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.
15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.
16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.
17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.
18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran coz nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.
19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.
 20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.
 21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.
22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan oleh yahudi & duit diparking di bank Singapura sementara waktu standby utk PRU 13 nie.
23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.
24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.
25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.
26. Mahkamah Syariah dibubarkan.
27. DEB akan dimansuhkan.
28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).
29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.

FIKIRLAH, ini bukan soal POLITIK atau pun wang ringgit! tetapi, ini adalah SOAL UGAMA kita, Umat Islam! Janganlah pulak selepas daripada PENDEDAHAN ini, ada segenlintir yang MENGATAKAN ini SEMUA UMNO/BN yang BUAT!!! semua Rancangan JAHAT UMNO/BN. Fikirlah dengan waras dan matang. Takkan semua dalam dunia ini salah UMNO/BN kot? Jahat sungguh KAT maTA ampa SUMA kat UMNO/BN nohh.. Nanti JADI kat batang hidung hampa sendiri baqu ampa taw, baqu ampa sedaq!!

TANGGUNGJAWAB SOSIAL!

Tentang Hukum Hudud. Komen UFB kepada TUN M.



Ustaz Fathul Bari Komen TUN M tentang Hukum Hudud.


> Sebenarnya disini, CS berasa Bangga Dengan USTAZ FATHUL BARI ni. Sbb dia Berani menegur TUN M!. xmacm PAS. w/pun jelaz ada di antara mereka2 dalam ORGANISASI tersebut tidak berani M'negur kesilapan PARA pimpinan TERTINGGI mereka. JADI lah seorang ULAMA yang MAMPU untuk menegur siapa pun tidak kira pangkat mahupun fahaman ideologi POLITIK yang berbeza!, Yang PASTINYA! islam tertegak! itu barulah dinamakan POLITIK secara ISLAM!. tidak pilih BULU!

Komen TUN M tentang HUKUM HUDUD


> Ini adalah komen TUN M tentang Hudud.

>anda boleh merujuk kepada orang yang lebih arif tentang hudud ini. Tanyalah Kepada orang2 yang lebih alim dalam soal2 macm ini dan diakui ilmunya iaitu seorang ulama yang muktabar. 


Dr Rahman dan Nasrul Fazli "say gud bye PAS"

Mengapakah Mereka meninggalkan PAS? dan dituruti Oleh Ulama2 Besar dalam Pas?? fikir2kan lah


AIDCNews – 21/03/12 – Dr Rahman Kadir bekas penyokong PAS sejak menuntut di Universiti Malaya pada tahun 1996 menjelaskan menjelaskan secara terperinci kepada beliau dan sahabatnya, Nashrul Fazli meninggalkan parti itu.

“Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun.

“Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis”, tulisnya dalam email yang dihantar kepada AIDCNews.

Dalam keterangan sokongan Nashrul Fazli yang turut dihantar Dr Rahman, bekas aktivis PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) itu mengaku bahawa pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Lanjutan Teknikal Terengganu (Tati), Prof. Dr. Mohd. Zaki Abdul Muin oleh kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2002 telah membuka pintu hatinya untuk menilai semula sokongannya kepada PAS.

“Pemecatan Prof Zaki, seorang (yang) saya kenal bukan sahaja tidak pernah mengambil loan bank, tetapi juga loan government, membuatkan saya hilang kepercayaan secara total kepada PAS.

“Namun, yang masih mengikat saya adalah hukum syarak. Prof Zaki sebelum dipecat sudah dua kali digantung keahlian oleh PAS. Tetapi, beliau masih beriltizam dengan PAS. Dalam pengadilan tersebut, beliau tidak dipanggil untuk bicara”, kata Nashrul.

Berikut disertakan tulisan Dr Rahman yang kini merupakan salah seorang doktor di hospital kerajaan dan Nashrul Fazli yang kini sedang bercuti sebagai pensyarah di salah satu Intitusi Pengajian Tinggi Awam kerana menyambung pengajian di luar negara.

Dr Rahman Kadir
Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.
Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun.
Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.
Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.
Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami untuk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu-tunggu kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan-rakan kami lain yang mengalami kejutan budaya.

Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut!

Kerana apa yang kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yang zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel-panel yang datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang-calang orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah sekarang), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara-perkara yang salah! Mana-mana ibu bapa yang melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah.

Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya satu jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama satu minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan untuk menyokong PAS dan jika tiba masanya untuk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yang penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS).

Ketaatan yang paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibu bapa sekalipun. Malah kami masih ingat dengan jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, “Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan-tuan semua bersama dengan kami?”

‘Kami yang sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!’

Kami ditawan serta dibrain wash untuk menjadi tentera-tentera militan PAS. Kami diajar untuk wala’ (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan untuk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut.

Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kepada jemaah iaitu PAS!

Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yang terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya-tanya…Islam yang kami kenal adil tetapi yang kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yang aman, tetapi kami disiapkan untuk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dengan izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS!

Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dengan PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yang takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya…kami memujuk diri sendiri.

Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana…kerana kami sentiasa dikerah untuk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam.

Ramai antara sahabat-sahabat kami yang berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar untuk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran.

Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam untuk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yang terabai dek ditarbiyah dengan salah oleh PAS. Tetapi kami masih taat kepada PAS demi Islam.

Islam kah mereka ini yang mengorbankan anak-anak para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yang menghantar anak mereka untuk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yang berkelulusan terakhir SPM?

Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang-orang agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yang strategik disapu mereka seluas-luasnya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini.

Malah banyak kes siswi-siswi yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yang rata-ratanya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus!

Banyak lagi penyelewengan mereka yang saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kepada PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.

Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya ‘reconsider‘ kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kepada jemaah.

Di ketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dengan 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yang lebih fleksibel dan mudah.

Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yang lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains.

Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) untuk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini untuk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali.

Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yang cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana-mana bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, beliau diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yang ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik.

Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi.

Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dengan Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan untuk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain.

Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan untuk print poster politik pada harga yang sangat rendah. Ada orang hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)!

Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman?

Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dari TATI kepada Prof Zaki. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof Zaki tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fakulti Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM.

Tapi demi Islam, Prof Zaki tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak-anak serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai-ramai marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan.

Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar-pelajar Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka untuk defend jemaah-jemaah haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah-hujah PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith-hadith sahih Rasulullah yang tak pernah kami diajar atau didedahkan.

Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YANG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT.

Nashrul ditunjukkan hadith-hadith sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yang membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yang dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic….tetapi inilah yang kami cari. Satu manhaj yang mengikut full sunnah Rasulullah.

Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith-hadith yang kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut…jawapan-jawapan mereka seperti jawapan Mahathir yang kata Nabi simpan janggut kerana tak de pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!!

Mereka tolak puluhan hadith-hadith ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!!
Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yang kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.

Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yang meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith-hadith Nabi hanya terpakai untuk Daulah Islamiyah seperti ustaz-ustaz PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah.

Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa sistem khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya empat khalifah pertama sahaja yang benar-benar naik jawatan melalui sistem syura.

Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini.

Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dengan Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yang hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yang mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun.

Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dengan manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dengan begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yang zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma’mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk!

Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa untuk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma’mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yang begitu ramai yang kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS…sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yang lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah Islamiyah…sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir.

Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yang sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri.

Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan.

Sahabat saya dari Iraq yang sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini. Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai?

Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa?

Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi?

Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yang dibayar untuk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh-bersungguh serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yang lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yang lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: “Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta’ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah.” [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yang ada sekarang yang kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yang luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yang rata-ratanya dikuasai oleh orang Islam…banyak lagi.

Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar-benar berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh-sungguh sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yang membenarkan perjuangan PAS untuk menjatuhkan pemimpin yang sedia ada.

Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Untuk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku-buku karangan beliau yang menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc.

Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak-ulamak salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yang bertepatan dengan sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yang kami ikuti ini. Kami berjuang kini untuk meyedarkan semula sahabat-sahabat kami yang telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus.

Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama-sama dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.

Nashrul Fazli

Saya ingin menambah beberapa perkara yang disebutkan oleh sdr Rahman Kadir sebelum ini. Saya mulakan dengan kata-kata Saidina Umar yang lebih kurang berbunyi:

“Setiap manusia yang lahir dari rahim seorang ibu dilahirkan sebagai seorg yang merdeka”.
Oleh itu, saya ingin… menyatakan bahawa kami sebelum ini menyertai PAS sebagai seorang yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri, dan kami keluar dari PAS juga sebagai seorg yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri.

Kedua-dua keputusan dibuat berlandaskan ilmu yang ada pada ketika keputusan yang dibuat.
Perkara ini saya harus tegaskan kerana mereka yang masih mengikuti gerakan PAS ini terutamanya yang mengikuti gerakan ini di kampus, saya kurang yakin sebahagian besarnya bahawa jika tidak kerana dipaksa mengikuti program Tamrin Panjang, melakukan bai’ah, mereka akan terus beriltizam dengan PAS.

Ada di antara mereka yang beriltizam kerana kawan-kawan, isteri mereka juga dari jamaah ataupun golongan yang sama dan juga persekitaran. Andaikata mereka diberi peluang memilih dalam keadaan merdeka, maka mereka akan sudah lari dari azali lagi.

Ceritera ini bukan untuk mengangkat diri sendiri dalam bakul, tetapi untuk menolak tuduhan dan juga tanggapan bahawa kami masuk PAS dahulu kerana NADI kuat ataupun PAS kuat. Walhal di zaman itu, anda fikir sendiri, berapa ramai orang PAS yang anda jumpa dalam batch anda?
Saya harus tegaskan bahawa saya telah berintima’ dan mengenali PAS seawal dari sekolah rendah lagi. Mungkin bunyinya terlalu awal, tetapi itulah hakikatnya.

Rakan-rakan yang membaca nukilan ini, masih teringatkah anda tentang pimpinan Arwah Haji Yusof Rawa (kemudian menjadi Mursyidul Am semasa pimpinan Arwah Ust Fadzil?), bagaimana peristiwa Memali berlaku melalui buku Cn Afghani, penubuhan CCC sekitar tahun 1986 yang menyaksikan penubuhan kelab penyokong Cina, pergolakan Team A dan team B yang menyaksikan pengharaman UMNO dan muncul parti Semangat 46.

Sahabat-sahabat tahukah bahawa Parlimen Johor Bahru yang saudara-saudara kata mustahil PAS boleh menang, pernah menyaksikan UMNO kalah di tangan Dato’ Shahrir Samad dari team B yang telah menjadi calon bebas dengan lambang kunci.

Sahabat-sahabat semua mungkin sekadar tengok kartun transformer, ninja turtle, tapi saya sudah ikut perkembangan politik semasa ketika itu melalui pembacaan Harakah, Watan dan beberapa akhbar tabloid politik di ketika itu.

Ku Li yang dinobatkan sebagai ketua Angkatan Perpaduan Ummah sebagaimana Anwar hari ini, mendapat inspirasi dari kekalahan parti kongres kepada bharatiya janata party (BJP) untuk mengalahkan kerajaan UMNO baru pada pilihanraya 1990.

Masihkah ingatkah sahabat-sahabat bahawa jikalau tidak kerana tengkolok salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh, tentu PM selepas pilihanraya 1990 adalah Ku Li bukannya Mahathir. Sahabat-sahabat ingat tak lagi siapa MB Kelantan sebelum TG Nik Aziz, MB UMNO namanya Mohamed Yaacob.

Sahabat-sahabat bolehkah ingat tentang Isu Kerpan, di mana tanah-tanah orang kampong di Kedah diambil oleh kerajaan BN Kedah untuk membangunkan ladang ternakan udang dengan joint venture Syarikat Bin laden? Hero isu ini adalah Mat Sabu.

Saya boleh teruskan lagi semua cerita-cerita lain, tapi cukuplah setakat itu dari segi itu.

Saya telah faham dengan hakikat bahawa melaksanakan hukum hudud itu adalah wajib dan menegakkan Negara Islam itu adalah wajib seawal itu. Untuk umat kembali menjadi umat yang kuat seperti mana di zaman kegemilangannya kita harus kembali kepada Islam secara keseluruhan.

Mungkin yang masuk sekolah ugama ketika itu pun tak faham benda-benda seperti itu. Saya tidak katakan semua tidak faham, tetapi anda semua lebih tahu dari saya, cuba tanya balik di tahun 90-95, apakah fikrah anda?

Selain itu, saya kenal mana satu BMB (politik kampus pro UMNO) dan mana satu NADI (politik kampus pro-PAS) sebelum mencecah masuk ke kampus UM.

Masih terang di ingatan saya, Sdr Khairuddin Mohd, Presiden PMUM (Persatuan Mahaiswa Universiti Malaya) 1995, diangkat dan dijulang di TV3. Saya berasa hairan, kenapa TV3 menjulang Presiden PMU yang sedang berdemonstrasi, suatu perkara yang ajaib. Bila diperiksa, barulah diketahui bahawa mereka ini adalah proksi Anwar di kampus dan TV3 sendiri dikuasai oleh Anwar.

Saksi kepada pengetahuan saya tentang politik kampus ini, adalah (bakal) naqib saya sendiri, Ustaz Burhan Che Daud yang saat itu juga mengikuti haluansiswa (sebagai pelajar tahun 1 Akademi Pengajian Islam).

Soalan saya kepadanya sebagai kepastian, yang pegang PMU (Persatuan Mahasiswa Universiti) tahun 1996, siapa? BMB ataupun Nadi. Beliau terkejut kerana soalan itu datang dari seorang pelajar Asasi (pusat Asasi Sains UM) yang sepatutnya tidak tahu apa-apa tentang politik kampus.

Masih segar di ingatan saya, seorang sahabat yang sama-sama bertuisyen dengan saya di Taiping, mengetuai upacara sorakan bagi pihak kolej beliau, di masa yang sama Presiden PMU dari BMB ketika itu (1996) turut menjadi Pembantu Pelajar Kolej berkenaan.

Perkara saya yang membuatkan saya beriltizam membantu NADI adalah apabila sekumpulan pelajara Akademi Islam mengadu mereka dipaksa mencukur janggut oleh pembantu-pembantu pelajar Kolej kedua kepada pimpinan PMUM. Namun balasan dari Presiden PMU ketika itu hanyalah ini masalah masing-masing. Saya melihat betapa lemahnya dan betapa tidak perihatinnya pimpinan PMU yang ada.

Rakan saya, Abdul Rahman masih pekat UMNOnya, di hujung minggu haluansiswa, kami bertukar pendapat tentang politik negara, dan menceritakan kewajipan menegakkan hukum Islam. Beliau tidak percaya dan saya mengusulkan agar dibawa ke pengetahuan Ustaz Burhan. Dalam usrah kami yang pertama, kami terus mengajukan soalan itu.

Sebenarnya, ini sudah langkau silibus, tetapi dijawab oleh ustaz Burhan. Dan saudara Abd Rahman menerima hujah saya dan bermula dari situ beliau menjadi seorang penyokong PAS sebagai seorang manusia yang bebas dan menerima hujah yang berdasarkan ilmu.

Saya sendiri dalam pengenalan pelajar-pelajar Asasi di Kolej Pertama tidak menyembunyikan ideologi politik saya. Begitu juga dengan fikrah ini, saya selesa dengan abang-abang senior JKP Kerohanian dan Etika. Boleh lepak dengan mudah sebab frekuensi kami sama.

Bagi kami, ujian kami yang pertama di Universiti Malaya secara praktikal bagi menegakkan Islam adalah pilihanraya Asasi. Kami tahu bahawa ada terdapat dua pasukan, satu kumpulan senior-senior yang mengikuti usrah diketuai oleh sdr Fauzul Naim, dan sa…tu lagi senior yang berpusat di Kolej Kelapan diketuai oleh Sdr Sattar Hussin.

Benar, sokongan pelajar-pelajar tahun satu diperlukan untuk memastikan Asasi dikuasai oleh kelompok usrah yang pro PMI. Kami melihat ketika itu sokongan kepada pelajar-pelajar usrah semasa merosot, kempen pihak Sattar cukup hebat dan menarik perhatian pelajar-pelajar tahun satu Sains hayat terutamanya. Pihak senior usrah, masuk di saat yang salah dan ramai pelajar hayat ketika itu sudah pun keluar. Kempen mereka tidak sampai ke audiens yang ada.

Pulang dari kolej, saya dan Rahman serta beberapa anak usrah lain tidak puas hati. Kami bertekad, apa-apa pun kami akan pastikan kumpulan A Bulat (grup anak surah) akan menang.

Sdr Rahman memang terkenal sebagai pendebat Malacca High School. Di pagi Jumaat, Sdr Rahman telah berada di hadapan dan berkempen meminta agar grup A bulat ini diberi peluang untuk memegang jawatankuasa di Asasi dan kami menyerahkan handbill-handbill kepada kawan-kawan lain supaya menyokong calon sokongan kami, akhirnya, hanya jawatan Presiden Asasi sahaja dipegang oleh Sdr Sattar, dan lain-lainnya dikuasai oleh grup A bulat. Ini merupakan kejayaan pertama kami dalam politik kampus (sambil tidak menafikan usaha oleh pemain-pemain sebenar di sebalik grup A Bulat).

Kejayaan ini memberikan satu makna besar kepada PMI dan NADI, kerana kemenangan di Asasi memberikan satu isyarat kepada pilihanraya kampus. Benar, telahan naqib kami (selepas Ustaz Burhan), Abang Norhisyam Ismail, PMU telah dikuasai oleh NADI/PMI, BMB yang dipimpin oleh Sdr Fakhrul Razi Ibrahim yang mengetengahkan Sdr S Ramlee sebagai bakal Presiden kecundang.

Semua kerusi umum, tumpas kepada NADI. Sdr Zainul Azizi diangkat sebagai Presiden PMU dr NADI. Ustaz Abu Zaki sebagai mantan Presiden PMI (Persatuan Mahaiswa Islam) ketika itu boleh berasa bangga kerana ground worknya sudah berhasil.

Presiden PMI ketika itu, Ustaz Anwar Ridwan Zakaria (juga naqib kami kemudiannya) membuka lembaran baru pemerintahan PMI dan NADI di kampus Universiti Malaya. Maka, bermulalah era pemerintahan NADI tanpa kalah sehinggalah tahun 2004/2005.

Nadi bertukar nama kepada Gagasan, Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya dan saat ini Pro-Mahasiswa (Pro M)

Usrah-usrah dan tamrin-tamrin yang kami ikuti pada mulanya tidak menampakkan hala tuju ke arah menjadikan PAS sebagai jamaah yang patut kami serahkan jiwa dan raga kami. Atas nama untuk mengajar agama, maka pelajar-pelajar Asasi dan juga fakulti diajak menyert…ai usrah. Masih segar lagi di ingatan kami, tamrin kami yang pertama memang penuh “hiburan” .
Naqib-naqib di Kolej Pertama pun turut mengadakan outing seperti ke Taman Tasik Titiwangsa. Inilah cara bagi mereka mendekati pelajar-pelajar asasi dan juga fakulti.

Namun, semakin lama, nilai ‘hiburan’ itu semakin luput. Mereka yang benar-benar berminat dengan agama dan berdisiplin dalam tarbiyyah sahaja yang akan kekal, yang lain-lain akan lupus ditelan zaman.

Sebelum itu, ada sahabat-sahabat yang keluar 3 hari dengan golongan Tabligh. Ada yang rapat dengan pimpinan ABIM di kampus (untuk yang berada di 2nd College), yng di 4th College mula berjinak dengan JIM. Ada juga sahabat yang dipesan oleh ustazah di sekolah untuk mencari naqib JIM yakni ustaz Alias Osman. Namun, akhirnya mereka masuk ke usrah PAS dan mengikuti bai’ah dengan pimpinan PAS.

Dalam tamrin kedua tidakpun sebelum Tamrin Panjang, anak usrah disuruh memilih jamaah yang benar. Hadith-hadith Nabi dikeluarkan, untuk menyokong bahawa PASlah jamaah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi Rahman dan saya, jemaah mana lagi? Mungkin bagi sahabat-sahabat, ada yg masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya, sebab dalam borang taaruf dalam Tamrin panjang, ramai yang meletakkan tokoh yang dihormati sebagai Anwar Ibrahim ataupun Tun Mahathir.

Sebenarnya, yang membuatkan kami bersungguh-sungguh untuk menyertai Tamrin panjang (selepas ini dirujuk sebagai TAMPAN) kerana perkara ini dibocorkan oleh salah seorang senior kami (dirahsiakan identitinya) apabila beliau yang sekolej haluansiswa di kolej ketiga dengan saudara Rahman telah memecahkan perkara ini.

Sepatutnya ia adalah rahsia, tetapi kerana sebab tidak mahu Rahman tercicir, maka dibukakan rahsia ini supaya Rahman tidak lari dari gerakan usrah dan tamrin. Rahman pula memberitahu saya tentang adanya TAMPAN iaitu di mana akhirnya terdapat upacara bai’ah walaupun sebelum sampai ke tahap itu, terdapat mental and physical torture walaupun tidaklah sehebat tentera, namun, jikalau diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain, nescaya mereka akan lari.

Namun, disebabkan kami benar-benar ingin menyertai PAS, maka ini menyebabkan kami lebih bersemangat utk menyertai usrah dan tamrin. Ini berlaku sebelum peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sekitar tahun 1997.

Namun, bayang-bayang berakhirnya kuasa hegemoni UMNO sudah kelihatan dengan tumpasnya UMNO di parlimen Arau pada tahun tersebut dengan calon PASnya, Ustaz Hashim Jasin.

Sebenarnya gerakan ‘sirr’ ataupun rahsia ini wujud juga di Asasi tetapi secara longgar. Di antara cuti semester, kami telah menyertai TAMPAN yang dibuat di Taman Melewar. Naqib saya sendiri membawa saya ke sana dengan menaiki motorsikal.

Kami tidak dibenarkan menelefon sesiapa (almaklumlah zaman pra-henfon) dan diminta untuk berbohong tentang lokasi dan program yang kami ikuti kepada ibu bapa. Saya tidak akan menceritakan dengan lebih lanjut kerana kebanyakannya telah dimuatkan dalam nota ini.

Apa yang saya hendak beritakan, bahawa tamrin panjang ini telah menjadikan kami ahli PAS sebenar dengan mengikuti jalan tarbiyyah. Di sini, tiada pengecualian kredit, mereka yang pernah mengikuti modul yang sama di universiti lain ataupun di Kolej Islam Kelang perlu mengikuti semula tarbiyyah UM. Keluar dari TAMPAN, menjadikan kami orang-orang yang semangat dengan perjuangan PAS.

Setelah beberapa ketika, saya berpeluang mengerjakan umrah bersama bapa saya. Kebetulan isu pemecatan Anwar masih hangat. Saya sempat bertemu dengan Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru saja dilepaskan dari tahanan ISA dan terus mengerjakan umrah bersama anak kecilnya. Di Tanah suci, saya mendapat gambaran Islam yang berbeza dari apa yg saya temui sepanjang tarbiyyah saya dengan PAS.

Islam tidaklah keras seperti mana yang saya hayati melalui tarbiyyah-tarbiyyah dalam PAS. Saya melihat Tuan Guru Melayu di Masjid Mekah juga tidak menyertai PAS dan mengatakan PAS seharusnya berusaha menghapuskan syirik dan khurafat dahulu. Mungkin beliau tidak mahu audiens lari, kerana menyedari suasana yang marak dengan isu Anwar.

Kembali ke tanah air, saya dibawa menyertai tamrin khusus untuk pimpinan PMI sahaja. Terdapat beberapa insiden yang membuatkan saya terfikir dan saya membuat bandingan di antara suasana di Tanah Suci dan juga apa yang berlaku semasa tamrin tersebut.

Di sini, kepercayaan saya terhadap PAS mula terhakis, walaupun saya sendiri melihat ada beberapa perkara yang mula tidak kena. Kepercayaan kami bahawa PASlah jamaah yang sah, membuatkan kami terus bersama dengan PAS.

Mungkin Rahman lebih awal, tetapi sebelum ini pun kami menyoal tentang beban kerja jamaah yang tidak seimbang apatah lagi kepada pelajar perubatan. Sistem yang dibina tidak menguntungkan pelajar-pelajar di luar Akaedmi Pengajian Islam.

Keraguan ini ada, seperti bola salji yang turun dari gunung yang tinggi. Kami cuba untuk tidak menyoal kerana bimbang ini hanyalah bisikan syaitan.

Jika PAS tidak betul, kami risau pula, silap-silap kami boleh jatuh shahadah kami. Tetapi, hati semakin tidak puas, melihatkan nasib rakan-rakan yang beban akademik semakin berat. Kami tidak berbincang tentang siapa yang akan dapat score A, tapi kami berbincang sapa yang lulus dan siapa yang tidak di bawah pemerhatian dekan.

Itu sebab, saya selalu menggelarkan zaman di kampus sebagai zaman gelap. Alhamdulillah, sebab “tamadun” kami tinggi, kami masih mampu bertahan. Ibarat billionaire, harta ditarah, tidak luak. Tetapi, ramai sahabat-sahabat yang tidak bernasib baik. Dahulu di Asasi, kamilah pusat rujukan ilmu, tetapi di fakulti, kami tidak lagi. Malah, kami terpaksa menadah pula bantuan untuk terus hidup.

Masalah akademik yang meruncing menyebabkan kami perlu bertindak. Ikutkan, kami boleh buat sikap, apa aku kesah. Kami tidaklah bawah pemerhatian dekan, result pun ok berbanding kawan-kawan, tetapi disebabkan kami merasakan Islam tidak zalim, maka kami mula merangka strategi untuk merubah nasib pelajar-pelajar PMI yang bukan ustaz ini.

Mungkin sahabat-sahabat yang membaca ini lebih mengangkat orang-orang yang kurang bersimpati dengan ada sekelian dan memusuhi kami, walaupun sebenarnya kami tidak perlu bersusah payah memikirkan kesusahan kalian walaupun kami ini secara akademiknya, survivor.

Pada mulanya, ada di antara orang-orang yang berpengaruh bersimpati dengan perjuangan kami ini, tetapi disebabkan hasutan, dia mula menyerang rayuan kami. Kami ketika itu sudah menjadi senior, sebaya dengan pimpinan yang ada ketika itu.

Ketika yang sama, saya dilantik menjadi Presiden AKIUM, di sana saya membina utopia saya sendiri, sesuai dengan kesibukan akademik seorang pelajar kejuruteraan. Akademik menjadi keutamaan, Alhamdulillah saya rasa ia menjadi. Di situ, saya cuba membawa imej dengan berpegang jati diri sebagai seorg Muslim sejati, kita akan berjaya.

Semboyan ini berjaya ditanamkan di kalangan ahliahli AKIUM tidak mengira apa fahaman. Namun, kesetiaan kami masih kepada PMI. Secara politik kami masih bersama PMI dan Gagasan. Walaupun begitu, oleh kerana mungkin kurang berguna dari segi politik untuk PMI, kami dipinggirkan. Gerai konvo diletakkan jauh, dan diutamakan gerai anak Kelantan, Sajian Bonda mendapat 2-3 lot di tempat strategik, padahal kami di atas bukit. Yang menentang PMI lebihlah buruk nasibnya.

Melihat beberapa ketidakadilan, kepercayaan terhadap gerakan PAS di kampus semakin luntur, namun, kami tiada jalan melainkan untuk terus bersama dengan mereka. Baragkali, PAS di UM kejam, zalim dan autokratik, tetapi di luar sana, bagus dan merekalah tempat umat untuk mengadu nasib dan cemerlang andai kata mereka memerintah Malaysia.

Semasa menjadi Presiden AKIUM, saya berkenalan dengan Prof Zaki. Dan kisah seterusnya adalah sejarah dan telah dimuatkan di dalam nota Rahman di atas. Cumanya, usrah yang menjadikan prof sebagai naqib kami disetujui oleh Timbalan Presiden PMI dan juga di bawah pengetahuan Ustaz Harun Taib, ketua Dewan Ulamak.

Selepas berkhidmat dengan AKIUM, saya dan beberapa rakan setia, ingin menubuhkan satu rumah bersama untuk membantu pimpinan AKIUM sebagai badan penasihat. Saya sangka semuanya sebulat hati, tetapi salah seorang yang kami rasa yang paling warak dan jujur di kalangan mereka yang ditarbiyyah, berpaling tadah.

Saya dan timbalan saya, Sdr Ahmad Rizal, terpaksa merempat beberapa hari, sehinggalah diselamatkan oleh seorang tutor di kejuruteraan mekanikal untuk bersama menjadi ahli rumah mereka. Bagi saya, jika seorang ahli yang paling baik pun boleh menkhianati janji setia ini, apa sangat dengan orang lain?

Pemecatan Prof Zaki, seorang saya kenal bukan sahaja tidak pernah mengambil loan bank, tetapi juga loan government, membuatkan saya hilang kepercayaan secara total kepada PAS. Namun, yang masih mengikat saya adalah hukum syarak.

Prof Zaki sebelum dipecat sudah dua kali digantung keahlian oleh PAS. Tetapi, beliau masih beriltizam dengan PAS. Dalam pengadilan tersebut, beliau tidak dipanggil untuk bicara.

Saya alhamdulillah telah diberi peluang oleh kerajaan Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat Masters di UK dalam keadaan masih menyokong PAS. Bagaimana saya ‘convert”, diceritakan di dalam nota atas.

Di sini, saya ingin rakan-rakan berfikir bahawa sokongan kami terhadap PAS, bukanlah disebabkan paksaan, tetapi disebabkan oleh kesedaran dan ilmu. Mungkin akan ada yg berkata, bukankah ini flip-flop? Tidak, kerana ia dibuat bersandarkan pengetahuan dan maklumat yang ada.

Dari saat, saya tidak menyokong PAS sehinggalah ke hari ini, tiada dalil syarak yang boleh menggoyahkan pegangan saya dan sdr Rahman. Jika ada sesiapa yang ada dalil, silakan. Saya sudah menanti dari tahun 2003 sehingga sekarang, belum ada lagi, bukan kami menanti seperti tunggul tetapi kami keluar dan mencari.

Lapan tahun, maka dalam tahun ke-8 ini, kemukakanlah dalil bukannya dalih. Jika anda di pihak yang benar, maka saya tidak ada masalah untuk masuk semula ke dalam PAS, tetapi jika tidak ada, hitungkanlah di mana akhirnya kalian di akhirat kelak, setelah hujah ditegakkan.

Janganlah kerana cintakan teh-o, karipap dan bihun kering, anda buang hadith yang sahih untuk kepentingan mata dunia yang sedikit.