Naib Presiden
PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad
berhadapan dengan tuntutan ganti rugi yang belum ditentukan jumlahnya oleh
mahkamah ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Writ saman
difailkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu melalui peguam Kamarul Hisham
dan Hasna Rezua dengan menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau.
"Saya
sudah katakan berulang kali bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh
kedua-dua ahli parlimen itu berniat jahat, tidak berasas dan ditimbulkan
sebagai sesuatu yang dirancang bagi memburukkan nama baik saya dan pertubuhan
NGO yang saya tubuhkan sebagai percubaan untuk merosakkan kerjaya politik
saya," katanya dalam satu sidang media di rumahnya tadi.
Selain itu,
turut difailkan ialah injunksi bagi menghalang defendan untuk terus memberi
komen, mengulangi kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.
Saman
dikemukakan ekoran Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa
terdapat dana dari Kementerian Belia dan Sukan telah disalurkan kepada Hasan
bagi tujuan penganjuran sesi ceramah beliau ke seluruh negara.
"Sementara
itu Ahli Parlimen Pokok Sena juga melalui satu sidang media dengan lantang
menyebut bahawa gerakan kerja saya bersama JATI dibiayai melalui kontrak jangka
panjang oleh Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta," katanya.
Sementara
Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga
Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan Jalur
Tiga (JATI).
"Ahli
parlimen Shah Alam telah memfitnah saya melalui satu sidang media di mana
beliau mengatakan terdapat syarikat-syarikat tertentu yang beliau menamakan
syarikat-syarikat tersebut telah menyediakan dana am menaja program 'roadshow'
saya termasuk majlis.
"Beliau
berkata syarikat-syarikat tersebut telah menyediakan dana menaja program
'roadshow' saya termasuk Jati pada bulan Februari lalu," katanya dalam
satu sidang media di rumahnya tadi.
Untuk rekod
notis saman telah diserahkan kepada Ahli Parlimeh Shah Alam itu dan pengurusan
kes tersebut dijalankan pada 30 April lalu.
Sementara notis
ke atas Ahli Parlimen Pokok Sena pula belum dapat diserahkan namun mahkamah
telah pun menetapkan pengurusan kes diadakan pada esok.
Hasan selain
itu berkata beliau yakin akan menang ke atas kes saman terhadap Mahfuz dan
Khalid.
"Sebab itu
saya katakan saya mempunyai hujah-hujah tertentu, untuk mengatakan kes ini
mempunyai asas-asas yang sangat kukuh dan kemungkinan untuk dimenangi di
mahkamah nanti adalah begitu besar," katanya.
>sumber drpada: http://unitmediakedah.blogspot.com
>tonton Video dibwah Ini....
>fikirkan kenapakah Hasan Ali begitu Yakin Dengan Kemenangany Keatas Saman yang akan dibuatny kpada Dua Hamba Allah, iaitu Mahfuz Omar dan Khalid Samad....
No comments:
Post a Comment
Hampa komen la apa pun. jangan sampai komen tuh terkeluar akidah dek kata-kata ampa sudah. komen membina lagi bagus. tak salah nak suarakan pendapat masing-masingkan.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...