Saturday 26 May 2012

PROTES BURGER....depan umah AMBINGA kott...



Macam mana pula Si Ambinga Ini rasa?

Adakah:

Marah?

Bengang?

Tak puas hati?

Sakit Hati?

Suka?

Hurm...itulah perasan yang bermain disegenap hati-hati peniaga yang benasib malang takala peristiwa BERSIH 3.0 telah menggangu aktiviti pencarian rezeki seharian mereka...

Komen Ufb(ustaz Ikon Cs)


Fikirkan apa akn perasaan bila benda ini berlaku dekat diri kita sendiri?

Fikirkan apa perasaan kita,bila adik beradik kita yang menjadi mangsa rakus bersih 3.0 ketika mereka mencari sesuap nasi untuk diri mereka atau pun keluarga mereka?

Fikirkan apa perasaan Bila Kedai peniaga yang musnah akibat bersih 3.0 adalah daripada kalangan ahli keluarga kita?

Hurm... Jika kita semua memikirkan sedemikian rupa nescaya tiada kekecohan yang akan berlaku..

Sebelum kita buat sesuatu perlulah kita memikirkan baik buruk keatas diri kita, keluarga kita, sepupu kita, kenalan kita, malah kawan karib kita...

Barulah...Tidak ada benda buruk yang akan berlaku..

Fikirkanlah......



Kembalikan Nur yang Hilang.....




Pandangan daripada mufti PERLIS, Dr Juanda Jaya....

25 Mei 2012

KANGAR - Orang Melayu sepatutnya sensitif terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang ingin terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap orang Melayu bersatu padu dan tidak bersifat melampau dalam politik sehingga merugikan bangsa dan agama.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata, Umno dan Pas sepatutnya memikirkan ke arah perpaduan termasuk melalui muzakarah.

"Kita tak sebut Pas dan Umno perlu bersatu tetapi jajaran masing-masing perlu diperbetulkan," katanya sebagai mengulas perkara itu.

Menurutnya, perpaduan melalui muzakarah tidak akan dicapai jika ada pihak yang meletakkan syarat untuk menjayakannya.

Juanda bimbang bencana akan menimpa orang Melayu dan Islam jika perkara yang boleh membawa kebaikan dipersukarkan. - Bernama
................................................................................................................................................................
Cs.. berasa amat dukacita bila melihat balik apa kenyataan yang dibuat oleh Si Karpal Singh...
Sengaja Cs memaparkan semula keratan akbar yang Cs dapat daripada beberapa sumber..

Pokoknya disini, mengapa kita orang Melayu Sanggup berpecah?

Mahukah sejarah Si Kitol yang belot kepada negara akan berulang lagi?

Mahukah melihat negara Malaysia akan diambil alih oleh Negara Kuasa Besar lain dek kerana kucar kacir Politik di Malaysia? seperti berlakunya di Palastien, Afganistan?

Mahukah melihat Ugama Islam tercinta tergadai dek kerana POLITIK dan KUASA serta KEMEWAHAN yang sementara ini?

Dimana letaknya iman kita?

Kita marah kepada Zinos dek kerana kekejaman mereka terhadapa penduduk Palastien.. tetapi kita lupa kita marah, tetapi kita tidak meneggakkan HUKUM ALLAH dan ATURAN ALLAH dalam kehidupan kita seharian?

Kita lebih rela berseronok dan berfoya-foya sedangkan kita tahu akan ada hari kebangkitan yang akan dan pasti kita seluruh umat manusia akan melaluinya suatu hari nanti?

Sanggupkah Melihat Orang bukan islam menjadi pemimpin?

terigat Cs satu ayat Al-Quran ada menyatakan perkara tersebut

maksudnya:

selepas ayat 138 surah an-nisa...Allah befirman dalam ayat seterusnya...yang bermaksud

"(iaitu) orang-orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah. (139) surah an-nisa.

dan Allah menyatakan lagi dalam ayat yang sama sambungan daripada ayat 139 surah an-nisa

"Dan sungguh, Allah telah menurukan (ketentuan), bagimu didlam kitab (Al-Quran) bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokan(oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sebelum mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana (kalau kamu tetap duduk dengan mereka), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sungguh, Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di neraka Jahanam", (140) surah an-nisa.

Daripada ayat diatas dapat anda semua mentafsirkan daripada Parti mana Cs maksudkan.. 
Bukan niat Cs nak mencari Cacat Cela orang...Cs sendiri pun tidak sempurna.. Tapi ini sebagai madah perjuang Cs dengan harapan Allah ambil kira ketika dihisap nanti, Cs redha. Harapan Cs, satu sahaja. Ingin melihat PARTI orang MELAYU kita bersatu.itu saja...

Tetapi niat Cs murni. Ingin Mereka keluar daripada PR. Dan berdirilah dikaki sendiri. Tak usah nak mengharapkan daripada bantuan manusia...


fikirkanlah.......



Thursday 24 May 2012

FAKTA YANG DIBERIKAN RAFIZI AUTA JA?? BETUL KE?



Satu demi satu hujah dan fakta yang digunapakai oleh Rafizi Lembu semasa program debatnya dengan KJ dua malam dipatahkan dan berjaya disahkan bohong.

Dia bercakap ikut sedap keluar mulutnya kerana semata-mata nak tunjuk hebatnya dalam siaran langsung yang disiarkan.

Pada malam tersebut KJ berjaya dedahkan pembohongan Rafizi Lembu berhubung pendidikan percuma di Turki. 

Semalam pula ramai kawan-kawan kita yang berjaya bongkarkan satu persatu pembohongan dalam hujah Rafizi Lembu.

Rafizi Lembu ingat semua orang boleh dibodohkan seperti lembu-lembu PKR yang sering dibodohkan tuan-tuannya. Tidak.....jangan pandang kami sebelah mata. Kami mampu cari fakta yang sebenar dengan pantas menggunakan teknologi maklumat yang wujud hari ini.

Yang penting kami tidak sebodoh lembu-lembu PKR....Dah terang-terang dalam video pun ada lagi yang masih percaya itu bukan tuan mereka.

Saya tidak tahu selepas ini samada masih ada penganjur yang hendak menjemput Rafizi Lembu atau tidak untuk program-program yang lain.

Lagi pembohongan Rafizi Lembu dibongkarkan. 

Kali ini oleh rakan FB, Helmi Effendy.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu. 

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain. 

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi. 

3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin ). Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu?

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

A) Electronics (21.6 percent)

B) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)

C) Forest industry (13.1 percent)

D) Chemicals (10.9 percent).

E) Agriculture and forestry 4.5%,

F) Industry 18.3%

G) Construction 7.3%

H) Commerce 16%

I) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

J) Transport and communications 7%

K) Public services 32.4%

Sekarang ini, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia. 

Sumber : Sila klik di sini

6. Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal.

7. Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya.

Sumber : sila klik di sini 

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
8. Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
 Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
 Sumber: sila klik di sini

10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betullah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.

 Sumber: Sila klik di sini

Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ? 

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri. 

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ. 

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain. 

  • Membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. 
  • Memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri. 
  • Memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah. 
  • Memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti. 
  • Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai. 
Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada putar belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta. 

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.

Itulah antara pembohongan-pembohongan Rafizi Lembu yang berjaya dikesan oleh rakan FB, Helmi Effendy.


RBF:Rafizi Lembu semasa berceramah pada malam tersebut dengan penuh bangganya memberitahu yang dia telah ke Kedutaan Finland untk mencari fakta-fakta mengenai Finland. Timbul persoalan dalam fikiran saya, jika dia telah ke sana , bagaimana fakta-fakta yang dikemukakannya pada malam tersebut tidak betul ?

Tak mungkin kakitangan Kedutaan Finland boleh memberi makumat yang salah kepadanya tentang negara mereka.

Antara dua sahaja,

1) Benar Rafizi Lembu pergi ke sana dan kakitangan kedutaan telah memberi fakta yang benar, kemudiannya ditukar oleh Rafizi Lembu untuk menyedapkan ceramahnya.

2) Rafizi Lembu tidak pernah pergi ke Kedutaan Finland.

Jika sesiapa yang ada kaki atau ada jalan yang boleh menyemak dengan Kedutaaan Finland samada benar atau tidak Rafizi Lembu kesana, tolonglah lakukannya. 

Sebab jenis puak-puak ini mereka sanggup berbohong apa-apa sahaja asalkan nafsu politik mereka puas. Kalau yang lain dia boleh bohong, setakat kehadirannya ke Kedutaan Finland, itu kecil punya bohong sahaja.

Petikan daripada rakan blog CS,RBFYang Mengupas Kenyataan Si Rafizi semalam dalam Perdebatan dengan yb KJ.

Mendengar Kata-kata si Rafizi kita boleh cair, tetapi itu semuanya bohong ja.. Fakta-fakta yang diberikan oleh si Rafizi banyak yang tidak benar.

Hurm, hujahlah dengan fakta-fakta yang benar. Semoga nanti tidak diperbodohkan. Hahaha.

Wednesday 23 May 2012

PATUTKAH PM BERDEBAT DENGAN SI ANUAR?





Moderator debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN Selasa malam cuba cetus sensasi pada ulasan akhirnya. 

Apa lagi kalau bukan cabarannya  supaya dianjurkan debat antara "Najib dan Anwar" menjelang PRU ke 13.

Moderator Dr Maszlee Malik bahkan bertanyakan 'beranikah' Najib menyahut cabaran tersebut...

Apakah Najib takut berdebat dengan Anwar? Bunyi cakap moderator itu nampak menjurus ke situ.

Ini kerana Anwar sudah berkali-kali kata beliau sedia berdebat dengan Najib.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih halus sebenarnya ini bukan soal berani atau takut.

Soalan yang betul sepatutnya : Wajarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Hendak berdebat ini macam hendak bertanding tinju juga, mesti memenuhi syarat-syaratnya sebelum boleh kita atur pertandingan.
Apa syarat-syaratnya, pertama mesti ada dengan lawan yang bermaruah, punya kredibiliti khususnya dari segi  moral.

Kedudukan yang setara itu bukan soal pangkat semata tetapi lebih penting adalah kredibiliti, maruah diri dan penerimaan lawan masing-masing.

Rasanya soal yang tuan moderator itu patut renung-renungkan wajarkah Najib sebagai Perdana Menteri menerima cabaran dari seorang yang moralnya dipertikaikan?

Kalau ayat itu belum jelas...wajarkah Najib berdiri  sepentas berdebat dengan seorang yang dicurigai bintang porno yang video seksnya sudah disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Juga wajarkah Perdana Menteri berdebat dengan orang yang didakwa meliwat, dua kali di mahkamah terbuka dan mengambil pilihan membela diri tanpa bersumpah?

Fakta mahkamah jelas tertulis hitam putih Anwar bebas semata-mata kerana soal teknikal.

Itu baru soal moral dan kredibiliti, sebab jika di negara lain, termasuk Amerika Syarikat, pemimpin politik yang ada masalah moral berkaitan seks semuanya meletak jawatan.

Pemimpin di Turki, Indonesia,China, India hatta Russia sekalipun yang didedahkan mempunyai video seks atau skandal seks semuanya meletak jawatan.

Kecuali Anwar, beliau ketika didakwa atas tuduhan meliwat  pembantu sendiri pada Jun 2008, bukan meletak jawatan sebaliknya menyuruh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan beliau bertanding pilihanraya dan diangkat jadi ketua pembangkang.

Harus diingat, Anwar jadi ketua pembangkang selepas didakwa di mahkamah kali kedua berkaitan dengan tuduhan sama iaitu meliwat.

Kes ini adalah rekod, kali pertama di dunia, sebab di Amerika ketika Bill Clinton dituduh terlibat dengan skandal seks, Demokrat yang dipimpinnya kalah pilihanraya dan karier politik beliau diambil alih isterinya Hillary, yang kini merupakan Setiausaha Negara Amerika.

Kecuali Anwar, orang Utara kata terbalik kot, beliau dituduh ada skandal seks, isterinya pulak yang merupakan MP dan ketua pembangkang kena letak jawatan untuk beri laluan kepadanya.

Apa punya turrr....

Jadi apakah perlu Najib melayan orang yang begini, hendak berdebat sepentas dengan beliau, yang secara tidak langsung mengesahkan keabsahan Anwar sebagai pemimpin dengan kredibiliti, maruah dan moral yang setara?

Soal penyokong pembangkang boleh hidup dengan buat muka tebal ...itu soal mereka. Soal Anwar sendiri tidak malu itu masalah peribadinya, tetapi Najib sebagai pemimpin sebuah negara berdaulat perlu ada rasa malu untuk berdiri sepentas dengan orang yang dicurigai 'aktor porno' ini.

Siapa boleh lupa klip video dia dok kibas boxer putih lepas baik punya balun amoi itu...  

Ya ampunnnn....kata orang di tanah seberang, Indonesia.

Itu baru hujah kredibiliti dan moral belum lagi soal hujah kedudukan Anwar sebagai pemimpin yang dipilih secara demokratik.

Najib dipilih oleh ahli UMNO jadi  Presiden. Presiden UMNO dipilih oleh BN jadi Perdana Menteri, semuanya berdasarkan proses pemilihan yang dibuat berdasarkan sistem demokrasi.

Soalnya, macam mana Najib hendak berdebat dengan Anwar, dalam ruang demokratik, sedangkan fakta di depan mata ialah status quo Anwar yang tidak dipilih secara demokrasi.

Jawatan beliau tidak dipertandingkan, jawatan tertinggi dalam PKR adalah presiden, bukannya penasihat atau ketua umum.

Jadi apa locus standi Anwar hendak dakwa dirinya pemimpin sebuah parti  jika beliau tidak dipilih secara demokratik oleh ahli partinya sendiri?

Anwar dipilih jadi ketua pembangkang di Parlimen bukan sebab partinya mempunyai kerusi paling banyak, tetapi kerana PAS dan DAP yang melantiknya sebagai ketua kerana mereka tidak mempunyai pemimpin yang diterima kedua-dua pihak untuk jadi ketua.

Jumlah MP PKR yang menang 2008 adalah 31 orang, yang keluar parti jadi bebas lima orang, jadi 27 MP yang tinggal.

DAP menang 28 kerusi Parlimen dan kekal, PAS menang 24 kerusi Parlimen tambah satu di Kuala Terengganu yang dimenangi dalam pilihanraya kecil.

Atas kertas sekarang ketua pembangkang sepatutnya dari DAP, bukan PKR, tetapi sebab PAS dan DAP berbeza ideologi, dan akan bangkang jika dicadangkan makanya dipilih Anwar jadi orang tengah.

Sekali lagi dari segi demokrasi Anwar tidak ada locus standi untuk jadi ketua pembangkang kecuali kerana keterbatasan pemimpin dalam pakatan pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, ramai percaya, dengan segala pengalaman, rekod kerja, keyakinan diri, wawasan dan semangat setiakawan BN, Najib langsung tidak takut berdebat dengan Anwar.

Lebih melucukan semua orang tahu ketika pemilihan parti yang kononnya perjuangkan demokrasi sana sini dicemari dengan acara 'baling kerusi'.

Isteri jadi presiden, bekas pegawai sulit jadi timbalan presiden, anak dan peguam jadi naib presiden...

Apakah hina sangat Presiden UMNO untuk berdebat dengan pemimpin dari parti yang begini?

Lebih jauh dari itu Anwar yang hanya bijak bercakap bukan seorang yang 'walk the talk'.

Dia boleh janji bulan dan bintang hanya untuk dapat jawatan,dan kemudian dengan 'tebal muka' nya buat-buat lupa apa yang dijanjikannya.

Seperti yang jadi kepada penduduk Kampung Pala di Pulau Pinang,juga seperti fakta yang dibacakan oleh Khairy ketika menggulung debatnya.

"Jika pendidikan pra sekolah yang dalam manifesto PKR 2008 pun tidak dapat diberikan secara percuma selepas menang, janganlah janji pendidikan di peringkat lebih tinggi,"

Anwar hanya mahu menjadikan debat dengan Perdana Menteri bagi ' mengsucikan ' imej dan kredibiliti yang tercemar oleh dakwaan kebuasan nafsunya sendiri.

Siapa tidak mahu dapat duduk sepentas dengan Perdana Menteri untuk menjadi tatapan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa.

Sayang sikit tuan moderator itu tidak melihat dari aspek ini. Cabaran populis itu memang mudah menarik tepukan gemuruh. Semua suka tengok orang bertinju.

Ingat ungkap kata Inggeris : mirror...mirror ..on the wall. Elok sekali tuan moderator mengesyorkan agar Anwar jeling-jeling dulu pada cermin sebelum nak mengidam berentap atas pentas dengan Perdana Menteri .

Ini bukan takut...ini soal maruah.- 23/5/2012- OLEH HELME HANAFI

-Agenda Daily


Sumber: http://assassincyber.blogspot.com

DEBAT ANTARA KJ DENGAN MOHD RAFIZI RAMLI


Kata-kata punjanga OLEH yb KJ:

"Jika pendidikan pra sekolah yang dalam manifesto PKR 2008 pun tidak dapat diberikan secara percuma selepas menang, janganlah janji pendidikan di peringkat lebih tinggi,"



tergelak CS mendengar Hujah2 RAFIZI... Janji PR seperti "Bulan dan Bintang"

Janji-janji terdahulu pun..terkontang-kating, terhuyun-hayang, Berani pulak nak menabur Janji-janji Palsu kat Rakyat khususnya Pengundi Muda.haha...

Kami rakan-rakan bloger yang lain takkan Cair mendengar Janji PR yang ibarat "BULAN dan BINTANG",
mereka hebat berjanji,lantang bersuara, semuanya demi mengejar KUASA dan PANGKAT.

berpolitiklah secara BAIK, dan Tak perlulah Berbalah sesemasa Seagama noh..

fikir-fikirkan........

KENAPA MEREKA2 MENOLAK BERMUZAKARAH??

hurmm.. dengarlah komen darpd UFB








Adakah fahaman syiah dimalaysia sudah menular?

Adakah ada Parti Politik di malaysia sudah diserap fahaman Syiah?

Nauzibillah Himinzalikk...

Semoga Islam Dimalaysia and Umat Islam Dimalaysia Berada Dijalan Yang Hak.

Kebatilan Akan terhapus, walaupun banyak dugaan hendak menegakkan yang Hak, 

Tetapi Hak akan Tetap Menang!!

Insya Allah...

DENGARLAHH...



kembalilah wahai "PAS".........ke jalan yang Benar...

MASIH KAU INGAT?? PERISTIWA 13 MEI? SIAPA PUNCANYA? 'DAP"


INILAH "DAP"......

Jangan biarkan Peristiwa ini berlaku berulang lagi....

Jangan Mengangu Gugat Kesucian Islam dan Bangsa Melayu...

Sedarlah Wahai "PAS"....

Kembalilah Kepada Perjuanganmuuu

Jangan Menjadi Semacam "LEMBU DICUCUK HIDUNGNYA"

Tuesday 22 May 2012

Hurmmm



sumber drpd UMNO-ONLINE

KEMANA ARAH MUZAKARAH UMNO DAN PAS NIE? Waduh2 pening la


ini adalah garis panduan yang UFB terang kan kpada UMUM tentang tatacara MUZAKARAH antara PAS dan UMNO


adakah disebabkan garis panduan yang diberikan oleh UFB(my idol),PAS menolak untuk berMUZAKARAH?


hurm CS terkilan.....


PIAGAM MADINAH.....DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA......



PENJELASAN YANG MUNGKIN MENRUNGKAI SEGALA 1000 SOALAN YANG BERMAIN DIMINDA KITA......


Piagam Madinah telah digubal oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal kesemuanya. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang bakinya membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan- peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah Negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

Kandungan piagam madinah boleh dilihat disini . Yang paling utama di dalam pengisiannya adalah setiap tindakan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Secara keseluruhan pengisian piagam Madinah yang digubal oleh baginda Nabi Muhammad saw telah menekankan perpaduan dan penyatuan ummah di Madinah ketika itu yang terdiri dari masyarakat Islam, kaum Ansar dan Muhajirin serta Yahudi dan Bangsa lain. Ini menunjukkkan betapa pentingnya pengukuhan perpaduan masyarakat yang perlu disemat dalam pemerintahan sesebuah negara Islam walaupun tidak melabelkan perkataan 'Islam' dalam setiap tindakannya. Ini terbukti apabila baginda Nabi Muhammad saw sendiri kurang menggunakan perkataan Islam dalam piagamnya tetapi lebih kepada perbuatan yang menjurus kearah syariat Islam itu sendiri. Justru baginda menamakan Kota Madinah sebagai Madinatul Munawarrah dan bukannya negara Islam Madinah. Prinsip ini diteruskan sehinggalah ke akhir pemerintahan khalifah Uthmaniyah. Penggunaan negara Islam hanya bermula apabila wujud sebuah negara yang dinamakan Republik Islam Iran yang majoriti masyarakatnya berpaksikan kepada fahaman syiah.

Jika dibandingkan Perlembagaan Madinah ini dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kepimpinan UMNO terdahulu adalah seiring pembentukan perlembagaan Madinah oleh baginda Nabi Muhammad saw. Di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia perkara yang paling utama adalah status agama Islam sebagai agama persekutuan dan YDP Agong yang dipilih oleh 9 kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan sepertimana dalam piagam Madinah.

Pada hari ini konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 piagam madinah iaitu "bahawa mereka ini adalah satu umat". Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama negara Malaysia pada hari ini yang diperjuangkan oleh UMNO. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama dan pegangan. Dengan itu terbentuklah satu komuniti kekeluargaan yang besar yang berbilang kaum dan agama tanpa perselisihan yang ketara. Perpaduan ini terbukti berjaya diamalkan oleh Ummat Islam terdahulu.

Selama lebih 66 tahun UMNO telah mempertahankan prinsip ini dan juga memperjuangkan kepentingan orang Melayu seperti dalam perlembagaannya. Secara tidak langsung definisi Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia adalah mesti beragama Islam, mengamalkan budaya melayu dan berbahasa Melayu. Proses ini telah menyebabkan Melayu itu terdiri daripada pelbagai keturunan seperti keturunan Cina, Arab, India, Portugis, Jawa dan berbagai keturunan yang lain di dunia. Betapa besarnya perpaduan dan penyatuan umat dan keturunan Islam yang selama ini diperjuangkan UMNO. Sama seperti penyatuan keturunan dan bangsa di Madinah yang menggandingkan kaum-kaum Muhajirin dan Ansar yang beragama Islam terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Manakala yang bukan beragama Islam dikelompokkan dalam satu kelompok yang dipanggil 'Bani' seperti Bani Auf, Bani Amru dan lain-lain yang boleh meneruskan pegangan lama mereka. Sama seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Namun begitu UMNO tidak pernah melabelkan partinya sebagai parti Islam tetapi tetap mempertahankan syariat Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang berasaskan piagam Madinah.

sumber daripada : blog-blog Parti UMNO

Hurm... daripada penjelasan diatas diharap anda mendapat GAMBARAN tentang PERLEMBAGAAN  di MALAYSIA, ia bertepatan dengan islam atau tidak.

Fikirlah......

Terima Kasih..CS ucapkan kerna sudi membaca.



MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM...


ISU PERLEMBAGAAN MALAYSIA IA BERTEPATAN DENGAN ISLAM ATAU TIDAK?







fikirkan.......







DATANG DENGAR SAT...




Monday 21 May 2012

hampa mai dengaq sat.. Pendedahan Daripada Bekas Ahli Pas.. Dan mereka telah Sedar.. Dimana Perjuangan Pas sudah Lari...Daripada Perjuangan yang Sebenarnya.




Ha dengar yang ini pula....


Hurm.. terima Kasih Kerana Sudi mendengar. 



TAKUT TENGOK FITNAH MENJADI PEKARA BIASA KEPADA UMAT ISLAM HARI INI.



hurmm... boleh puak pembangkang fitnah D.S NAJIB... jahat dan hati mereka sungguh busuk.. semoga Allah memberi taufi'k dan hidayah kepada para pefitnah2 kapda D.S Najib dan juga kepada kita semua umat islam..terutama CS..aminn


ANDA FIKIRLAH.. DIMANA BAIK DAN YANG MANA TIDAK BAIK





Dengarlah KOMEN DARIPADA UFB IDOLA SAYA



ALHAMDULIAH.. PARTI ADIK DAN ABANG AKHIRNYA MENCARI KATA SEPAKAT UNTUK BERMUZAKARAH..


TETAPI DALAM HAL INI TGNZ JANGANLAH MENCARI MASALAH DENGAN MENETAPKAN 2 SYARAT YANG DIKIRA TIDAK MASUK AKAL.. IKHLASLAH.. DALAM PERJUANGAN MU..

PETIKAN DARIPADA KATA2 MUFTI PERAK:

"Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka."

..................................................................................................................................................................


KUALA LUMPUR, 16 Mei — PAS hari ini menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh dan bukannya sekadar pandangan sebelah pihak.
Kenyataan itu dikeluarkan Mursyidul Am parti Islam tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) yang menyifatkan situasi semasa dilihat keadaan yang amat sesuai untuk mengadakan muzakarah terbabit.
“Isu muzakarah ini berlaku sejak pimpinan PAS diketuai oleh Datuk Asri Musa lagi, tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.
“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini.
Dipetik Harakah Online, Menteri Besar Kelantan itu menambah, muzakarah adalah fitrah manusia yang seringkali kerap berlaku bagi menrungkai sesuatu perkara.
“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, ertinya masing-masing mahu berhujah.
“Soal muzakarah memang PAS sudah lama hendak bermuzakarah dengan Umno, atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.
“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya lagi.
Dipetik Sinar Harian Online sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.
Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya muzakarah itu mencapai objektifnya dalam usaha menegakkan syiar Islam.
Beliau turut menegaskan perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam adalah satu perkara yang baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.
Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya ia lebih telus dantidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka.
 .................................................................................................................................................................

ALOR SETAR, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pemimpin tertinggi Pas perlu bermuzakarah terlebih dahulu dengan menetapkan pendirian mereka sebelum melaksanakan muzakarah antara Pas dan UMNO.
Katanya UMNO mahu semua pimpinan Pas menetapkan pendirian masing-masing bagi membolehkan muzakarah ini berjalan lancar.
Beliau berkata ketika ini semua pemimpin pembangkang tidak sehaluan apabila ada yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk muzakarah itu dan ada juga yang meletakkan syarat.
“Sudah jelas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin telah hulur salam perpaduan dan kami tidak letak titik noktah lagi,” katanya selepas Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata muzakarah tersebut adalah yang terbaik untuk perpaduan umat Islam.
“UMNO sentiasa tunggu jawapan daripada Pas untuk menentukan tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan muzakarah terbesar itu,” ujarnya.
.........................................................................................................................................................................................................................
KOTA BAHARU, 20 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Pas tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan UMNO, jika parti itu benar-benar ikhlas untuk berbincang.
Beliau berkata UMNO sudah lama menyatakan persetujuan untuk mengadakan muzakarah itu tetapi Pas sebaliknya meletakkan syarat tidak munasabah sehingga menggagalkan usaha tersebut.
“Nak berbaik seperti mengadakan muzakarah ini lebih baik jangan adakan syarat. Sepatutnya tidak ada syarat yang boleh menjejaskan pertemuan ini.
“Ini perkara baik dan perlu disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Yang penting adalah untuk melihat perpaduan dapat dijalinkan dengan baik,” katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Negeri Kelantan, di sini, Ahad.
Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustafa.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO, namun dengan syarat pokok persoalan muzakarah haruslah tertumpu mengapa menolak Islam.
Katanya kedua-dua parti Melayu beragama Islam itu perlu duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengeratkan perpaduan dan memperteguhkan Islam itu.
“Kita harus terbuka untuk mengadakan muzakarah ini. Bagi UMNO, ini adalah untuk kebaikan negara akhirnya,” kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sementara itu, Mustapa berkata cadangan untuk mengadakan debat terbuka menjelang pilihan raya umum bukanlah suatu perkara baru dan telah diamalkan sebelum ini.
“Debat terbuka ini sentiada diadakan dan akhirnya memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Mustapa berkata rakyat harus mengetahui betapa besarnya jasa kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.
“Rakyat hanya membayar kira-kira satu peratus sahaja caj perubatan kerana yang lainnya telah diberikan subsidi yang cukup besar,” katanya
Info bernama.
CS harap PAS ikhlas dalam perjuangan mereka. Tidak mencari masalah lain dalam isu ini. Inilah Harapan CS dalam melihat PARTI PAS dan UMNO  ini bersatu seperti diawal penubuhanya DULU.. Insya Allah. Aminn...