Sunday 16 December 2012

Kata-kata yang Ku rasa tersentak hati apabila mendengarnya






mendengar kata-kata tersebut banyak yang terfikir dalam benak CS...... mengapa ada pihak sanggup berbuat sedemikian?

adakah sebab harta? pangkat?.... hurm

Friday 9 November 2012

Semoga Allah memberi kita kekuatan dalam menegakan agamanya di dunia ini.amin

Cs mulakan denga kalimah suci basmalah.

Apa yang Cs cuba untuk utarakan di blog ini adalah... kekecewaan dan kesedihan dihati sanubari Cs apa yang berlaku pada akhir2 ini. Sedih Cs dengar. Jika beliau berada dipihak yang benar Alhamdulah. Jika tidak. Subbahanallah... Semoga apa yang berlaku ini sama2 kita ambil ia sebagai pedoman dan pengajaran yang amat berguna. Sekarang ni Ugama kita mudah dikotak-katik oleh anasir2 jahat yang membenci islam.

Disini marilah kita sama2 mendoakan kekuatan untuk diri kita dalam menegakan islam dalam kehidupan seharian kita insya Allah.

Biarlah,kepada mereka yang sanggup berbicara sedemikian rupa,semoga Allah memberi kepada mereka kesempatan dalam bertaubat,

Biarlah kepada pihak yang demikian menjatuhkan hukum yang sepatutnya.

akhir kalam. kepada semua pembaca, mari kita kuatkan ukhwah kita.bersatu demi islam. insya Allah. Islam akan kuat pada satu hari nanti. Insya Allah.



Sunday 29 July 2012

Bandingkan... Bukan Nak Mencari Salah Sesiapa...






Umno Dalam Bahaya??

Oleh Amin Iskandar, Ida Lim and Hafidz Baharom
Kajian terbaru menunjukkan Najib dalam bahaya, sukar untuk selamatkan BN, kata PakatanKUALA LUMPUR, 28 Julai — Walaupun populariti peribadi Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak dapat menyelamatkan Barisan Nasional (BN) dari tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka tidak mahu merasa selesa sebagai respon kepada survey terbaru Merdeka Center.
Perdana menteri (PM) dan pemimpin kepada 13 parti komponen BN tertinggal sebatu dibelakang kerana sokongan merosot di kalangan pengundi Melayu, yang berpengaruh terbesar - mewakili lebih daripada 60 peratus penduduk daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kata Rafizi Ramli dari PKR dan sekutu beliau dari DAP, Tony Pua.
“Jika kita bandingkan sokongan yang diterima Pak Lah sebelum PRU 2008 dan angka yang diperolehi oleh Najib sekarang, menunjukkan beliau dalam bahaya,” kata Tony Pua kepada The Malaysian Insider semalam.
Setiausaha publisiti DAP itu membandingkan peratus kelulusan Najib dalam tiga kajian lepas yang dijalankan oleh Merdeka Center pada tahun ini berbanding dengan keputusan survey PM sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. PM kelima dikenali sebagai Pak Lah mendapat sokongan sebanyak 71 peratus sebelum brtanding dalam pilihan raya Mac 2008 di mana parti pemerintah itu mendapat keputusan terburuk dalam sejarah.
Terdapat spekulasi mengatakan Najib (gambar) akan mengadakan pilihan raya mengejut sebelum mandat BN berakhir pada bulan April 2013.
"Bilangan yang menyokong perdana menteri tidak menjadi pengukur bagi sokongan pada PRU akan datang, petanda yang menentukan keputusan PRU akan datang adalah bilangan yang menyokong BN," kata Pua.
Pengarah strategi PKR, Rafizi mempunyai pandangan selari dengan ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu, mengatakan bahawa Najib telah menonjolkan dirinya sebagai "nadi dan penyelamat BN" tetapi pada masa yang sama, tidak mempertahankan parti komponen lain dalam gabungan itu.
"Ia bukan satu usaha berpasukan, ia sebenarnya beliau secara peribadi. Beliau percaya kekuatan peribadinya yang kini akan mengangkat BN.
"Jika saya Najib, saya akan menjadi sngat muram. Saya akan menjadi sangat bimbang," kata Rafizi dalam sidang akhbar semalam.
Tetapi rakan sekerja mereka dari PAS, Salahuddin Ayub, mengingatkan pakatan pembangkang agar tidak merasa selesa, dengan mengatakan tinjauan dari Merdeka Center sahaja tidak cukup kuat untuk menilai kekuatan atau kelemahan Najib.
"Walaupun hasil kajian Merdeka Center itu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), kita tidak boleh merasa selesa.
"Kita (PR) jangan terlalu berseronok dengan hasil kajian tersebut sehingga tidak berkerja keras untuk memenangi pilihan raya," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.
Mengenai penurunan sokongan Melayu terhadap BN pula, Salahuddin menganggp ini adalah kerana pengundi atas pagar merasa bosan dengan isu-isu seks dan moral yang dimainkan oleh media arus perdana dan blog-blog pro Umno.
"BN mainkan isu moral secara keterlaluan sehingga menyebabkan pengundi-pengundi Melayu atas pagar merasa bosan dan muak.
"Apabila kalah berhujah, isu moral dan akhlak dengan memfitnah pemimpin PR dimainkan sehingga orang ramai melihat pimpinan BN tak reti untuk berhujah secara matang," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider.
Akan tetapi Salahuddin berhati-hati dalam memberikan komen mengenai peningkatkan sokongan dikalangan pengundi Cina terhadap Najib, dari 37 peratus pada bulan Mei meningkat sehingga 42 peratus dalam bulan Jun dengan mangatakan tidak mustahil ini berlaku kerana kerja keras yang dilakukan oleh Najib untuk memenangi kembali hati pengundi Cina, yang beralih menyokong pembangkang pada PRU 2008 dan semakin padu menyokong PR kini.
Pua walaubagaimanapun menolak corak perubahan di kalangan pengundi Cina sebagai signifikan,dengan mengatakan bahawa sokongan daripada masyarakat cenderung untuk turun naik.
"Meningkat dan menurun bukanlah satu isu besar. Tetapi untuk orang Melayu, ia mencerminkan sifat sementara itu Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Semasa mula-mula terima, mereka amat gembira, tetapi kini mereka sudah lupa, "katanya, merujuk kepada wang tunai RM500 dari Putrajaya kepada mereka yang mempunyai berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Mreka dibayar pada awal tahun ini.
“Bagi masyarakat India, saya yakin Ambiga adalah faktor, tetapi saya tidak pasti berapa besar faktor beliau,” tambahnya.
Sokongan popular untuk peguam dan aktivis terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan yang telah menganjurkan dua perhimpunan besar-besaran untuk reformasi sistem pilihan raya tahun lepas dan tahun ini, terutamanya di kalangan pengundi bandar kelas pertengahan dan masyarakat India, yang juga menjadi masalah kepada Najib dan perlu dimenangi sebelum pilihan raya.
Tinjauan pendapat Merdeka Center yang dijalankan di kalangan pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi PM keenam merosot di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing daripada 79 peratus kepada 75 peratus, dan daripada 72 peratus kepada 69 peratus.

Sunday 15 July 2012

Cs hairan. Minta kepada Sesiapa Pembaca memberi pandangan dan Tolong Jelaskan, Menggapa Perlu Bertindak Sedemikian rupa... jelaskan. Terima Kasih.


Apa Yang Sebenarnya Mereka Perjuangkan?

>>> NIkmat Keamanan Akan Dirasai Apabila Tercetusnya Huru Hara...



1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8.


9.


Apa Kesudahanya?............



10.

11.

 Sanggup Bercerai kerna berlainan fahaman politik.....




Sebenarnya.......



Pada Cs. Kita tak Perlulah Bertindak Sedemikian. Apa yang sebenarnya Mereka Perjuangkan?

Ya. Pada Cs Tindakkan mereka Salah. Tapi pada Mereka?, Mereka mengatakan, Mereka Telah melakukan pekara yang betul dan meneggakan yang Hak.

Tetapi dalam Isu ini masing-masing mengatakan itu, ini dan asyik menyalahkan dan menunding jari antara satu sama lain.

Tetapi adakah apa yang Kita lakukan itu bersesuaian dengan Apa yang disandarkan didalam islam?...

Fikirkan.....

Sekian,

Terima Kasih.

Sunday 27 May 2012

Si Anuar dihalang Untuk Memberi Ceramah Di masjid.....Dasyat ooO

Hurm... Apabila AJK MASJID menghalang Anwar untuk bagi ceramah didalam MASJID maka ada yang mengatakan UMNO yang terlibat.. Hurm semuanya salah UMNO... Ada yang mengatakan "suruh salam denganya", "untuk ambil berkat"... Hebat SI ANUAR ini... 

Cs doakan semuga kita semua mendapat taufik dan hidayahnya...dalam kehidupan seharian kita..
Semuga apa yang kita lakukan diatas muka Bumi Allah ini mendapat berkat darinya.. insya Allah. amin..



TIDAK WAJAR BUKAN MELAYU MEMIMPIN TANAH MELAYU


Utusan Malaysia 26 Mei 2012

Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak, terpaksalah juga saya tampil, bukan membela, tetapi berkata benar.

Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi. Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.

Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”, “Ini negeri bukan Melayu punya”, “kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak. 

Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa telah diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi juga luaran, terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.

Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.

Sama seperti isu perkataan ‘pendatang’. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar. Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.

Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oarng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno, Dato’ Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka. 

Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu. Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Jika tidak benar, samanlah. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah.

Pemimpin ultra kiasu berkata, "Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.

Saya berpegang kepada prinsip, “kita tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.

Menurut ultra kiasu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.

Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.

Pada saya, jika benarpun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.

Saya bukan membela Utusan atau membela Umno. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang. Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik, salah, buat jahat, lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Semua Perlu Hadir 1 Jun - Mursyidul Am

Sabtu, 26 Mei 2012




KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(gambar), menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.
Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.
“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke  majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.
Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.
“Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya.
Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.
Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.
“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya.
Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.
Dipetik dari Harakahdaily ( Oleh Rizal Tahir )...


Saturday 26 May 2012

PROTES BURGER....depan umah AMBINGA kott...



Macam mana pula Si Ambinga Ini rasa?

Adakah:

Marah?

Bengang?

Tak puas hati?

Sakit Hati?

Suka?

Hurm...itulah perasan yang bermain disegenap hati-hati peniaga yang benasib malang takala peristiwa BERSIH 3.0 telah menggangu aktiviti pencarian rezeki seharian mereka...

Komen Ufb(ustaz Ikon Cs)


Fikirkan apa akn perasaan bila benda ini berlaku dekat diri kita sendiri?

Fikirkan apa perasaan kita,bila adik beradik kita yang menjadi mangsa rakus bersih 3.0 ketika mereka mencari sesuap nasi untuk diri mereka atau pun keluarga mereka?

Fikirkan apa perasaan Bila Kedai peniaga yang musnah akibat bersih 3.0 adalah daripada kalangan ahli keluarga kita?

Hurm... Jika kita semua memikirkan sedemikian rupa nescaya tiada kekecohan yang akan berlaku..

Sebelum kita buat sesuatu perlulah kita memikirkan baik buruk keatas diri kita, keluarga kita, sepupu kita, kenalan kita, malah kawan karib kita...

Barulah...Tidak ada benda buruk yang akan berlaku..

Fikirkanlah......



Kembalikan Nur yang Hilang.....




Pandangan daripada mufti PERLIS, Dr Juanda Jaya....

25 Mei 2012

KANGAR - Orang Melayu sepatutnya sensitif terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang ingin terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap orang Melayu bersatu padu dan tidak bersifat melampau dalam politik sehingga merugikan bangsa dan agama.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata, Umno dan Pas sepatutnya memikirkan ke arah perpaduan termasuk melalui muzakarah.

"Kita tak sebut Pas dan Umno perlu bersatu tetapi jajaran masing-masing perlu diperbetulkan," katanya sebagai mengulas perkara itu.

Menurutnya, perpaduan melalui muzakarah tidak akan dicapai jika ada pihak yang meletakkan syarat untuk menjayakannya.

Juanda bimbang bencana akan menimpa orang Melayu dan Islam jika perkara yang boleh membawa kebaikan dipersukarkan. - Bernama
................................................................................................................................................................
Cs.. berasa amat dukacita bila melihat balik apa kenyataan yang dibuat oleh Si Karpal Singh...
Sengaja Cs memaparkan semula keratan akbar yang Cs dapat daripada beberapa sumber..

Pokoknya disini, mengapa kita orang Melayu Sanggup berpecah?

Mahukah sejarah Si Kitol yang belot kepada negara akan berulang lagi?

Mahukah melihat negara Malaysia akan diambil alih oleh Negara Kuasa Besar lain dek kerana kucar kacir Politik di Malaysia? seperti berlakunya di Palastien, Afganistan?

Mahukah melihat Ugama Islam tercinta tergadai dek kerana POLITIK dan KUASA serta KEMEWAHAN yang sementara ini?

Dimana letaknya iman kita?

Kita marah kepada Zinos dek kerana kekejaman mereka terhadapa penduduk Palastien.. tetapi kita lupa kita marah, tetapi kita tidak meneggakkan HUKUM ALLAH dan ATURAN ALLAH dalam kehidupan kita seharian?

Kita lebih rela berseronok dan berfoya-foya sedangkan kita tahu akan ada hari kebangkitan yang akan dan pasti kita seluruh umat manusia akan melaluinya suatu hari nanti?

Sanggupkah Melihat Orang bukan islam menjadi pemimpin?

terigat Cs satu ayat Al-Quran ada menyatakan perkara tersebut

maksudnya:

selepas ayat 138 surah an-nisa...Allah befirman dalam ayat seterusnya...yang bermaksud

"(iaitu) orang-orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah. (139) surah an-nisa.

dan Allah menyatakan lagi dalam ayat yang sama sambungan daripada ayat 139 surah an-nisa

"Dan sungguh, Allah telah menurukan (ketentuan), bagimu didlam kitab (Al-Quran) bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokan(oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sebelum mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana (kalau kamu tetap duduk dengan mereka), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sungguh, Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di neraka Jahanam", (140) surah an-nisa.

Daripada ayat diatas dapat anda semua mentafsirkan daripada Parti mana Cs maksudkan.. 
Bukan niat Cs nak mencari Cacat Cela orang...Cs sendiri pun tidak sempurna.. Tapi ini sebagai madah perjuang Cs dengan harapan Allah ambil kira ketika dihisap nanti, Cs redha. Harapan Cs, satu sahaja. Ingin melihat PARTI orang MELAYU kita bersatu.itu saja...

Tetapi niat Cs murni. Ingin Mereka keluar daripada PR. Dan berdirilah dikaki sendiri. Tak usah nak mengharapkan daripada bantuan manusia...


fikirkanlah.......



Thursday 24 May 2012

FAKTA YANG DIBERIKAN RAFIZI AUTA JA?? BETUL KE?



Satu demi satu hujah dan fakta yang digunapakai oleh Rafizi Lembu semasa program debatnya dengan KJ dua malam dipatahkan dan berjaya disahkan bohong.

Dia bercakap ikut sedap keluar mulutnya kerana semata-mata nak tunjuk hebatnya dalam siaran langsung yang disiarkan.

Pada malam tersebut KJ berjaya dedahkan pembohongan Rafizi Lembu berhubung pendidikan percuma di Turki. 

Semalam pula ramai kawan-kawan kita yang berjaya bongkarkan satu persatu pembohongan dalam hujah Rafizi Lembu.

Rafizi Lembu ingat semua orang boleh dibodohkan seperti lembu-lembu PKR yang sering dibodohkan tuan-tuannya. Tidak.....jangan pandang kami sebelah mata. Kami mampu cari fakta yang sebenar dengan pantas menggunakan teknologi maklumat yang wujud hari ini.

Yang penting kami tidak sebodoh lembu-lembu PKR....Dah terang-terang dalam video pun ada lagi yang masih percaya itu bukan tuan mereka.

Saya tidak tahu selepas ini samada masih ada penganjur yang hendak menjemput Rafizi Lembu atau tidak untuk program-program yang lain.

Lagi pembohongan Rafizi Lembu dibongkarkan. 

Kali ini oleh rakan FB, Helmi Effendy.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu. 

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain. 

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi. 

3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin ). Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu?

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

A) Electronics (21.6 percent)

B) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)

C) Forest industry (13.1 percent)

D) Chemicals (10.9 percent).

E) Agriculture and forestry 4.5%,

F) Industry 18.3%

G) Construction 7.3%

H) Commerce 16%

I) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

J) Transport and communications 7%

K) Public services 32.4%

Sekarang ini, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia. 

Sumber : Sila klik di sini

6. Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal.

7. Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya.

Sumber : sila klik di sini 

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
8. Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
 Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
 Sumber: sila klik di sini

10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betullah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.

 Sumber: Sila klik di sini

Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ? 

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri. 

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ. 

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain. 

  • Membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. 
  • Memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri. 
  • Memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah. 
  • Memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti. 
  • Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai. 
Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada putar belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta. 

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.

Itulah antara pembohongan-pembohongan Rafizi Lembu yang berjaya dikesan oleh rakan FB, Helmi Effendy.


RBF:Rafizi Lembu semasa berceramah pada malam tersebut dengan penuh bangganya memberitahu yang dia telah ke Kedutaan Finland untk mencari fakta-fakta mengenai Finland. Timbul persoalan dalam fikiran saya, jika dia telah ke sana , bagaimana fakta-fakta yang dikemukakannya pada malam tersebut tidak betul ?

Tak mungkin kakitangan Kedutaan Finland boleh memberi makumat yang salah kepadanya tentang negara mereka.

Antara dua sahaja,

1) Benar Rafizi Lembu pergi ke sana dan kakitangan kedutaan telah memberi fakta yang benar, kemudiannya ditukar oleh Rafizi Lembu untuk menyedapkan ceramahnya.

2) Rafizi Lembu tidak pernah pergi ke Kedutaan Finland.

Jika sesiapa yang ada kaki atau ada jalan yang boleh menyemak dengan Kedutaaan Finland samada benar atau tidak Rafizi Lembu kesana, tolonglah lakukannya. 

Sebab jenis puak-puak ini mereka sanggup berbohong apa-apa sahaja asalkan nafsu politik mereka puas. Kalau yang lain dia boleh bohong, setakat kehadirannya ke Kedutaan Finland, itu kecil punya bohong sahaja.

Petikan daripada rakan blog CS,RBFYang Mengupas Kenyataan Si Rafizi semalam dalam Perdebatan dengan yb KJ.

Mendengar Kata-kata si Rafizi kita boleh cair, tetapi itu semuanya bohong ja.. Fakta-fakta yang diberikan oleh si Rafizi banyak yang tidak benar.

Hurm, hujahlah dengan fakta-fakta yang benar. Semoga nanti tidak diperbodohkan. Hahaha.

Wednesday 23 May 2012

PATUTKAH PM BERDEBAT DENGAN SI ANUAR?





Moderator debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN Selasa malam cuba cetus sensasi pada ulasan akhirnya. 

Apa lagi kalau bukan cabarannya  supaya dianjurkan debat antara "Najib dan Anwar" menjelang PRU ke 13.

Moderator Dr Maszlee Malik bahkan bertanyakan 'beranikah' Najib menyahut cabaran tersebut...

Apakah Najib takut berdebat dengan Anwar? Bunyi cakap moderator itu nampak menjurus ke situ.

Ini kerana Anwar sudah berkali-kali kata beliau sedia berdebat dengan Najib.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih halus sebenarnya ini bukan soal berani atau takut.

Soalan yang betul sepatutnya : Wajarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Hendak berdebat ini macam hendak bertanding tinju juga, mesti memenuhi syarat-syaratnya sebelum boleh kita atur pertandingan.
Apa syarat-syaratnya, pertama mesti ada dengan lawan yang bermaruah, punya kredibiliti khususnya dari segi  moral.

Kedudukan yang setara itu bukan soal pangkat semata tetapi lebih penting adalah kredibiliti, maruah diri dan penerimaan lawan masing-masing.

Rasanya soal yang tuan moderator itu patut renung-renungkan wajarkah Najib sebagai Perdana Menteri menerima cabaran dari seorang yang moralnya dipertikaikan?

Kalau ayat itu belum jelas...wajarkah Najib berdiri  sepentas berdebat dengan seorang yang dicurigai bintang porno yang video seksnya sudah disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Juga wajarkah Perdana Menteri berdebat dengan orang yang didakwa meliwat, dua kali di mahkamah terbuka dan mengambil pilihan membela diri tanpa bersumpah?

Fakta mahkamah jelas tertulis hitam putih Anwar bebas semata-mata kerana soal teknikal.

Itu baru soal moral dan kredibiliti, sebab jika di negara lain, termasuk Amerika Syarikat, pemimpin politik yang ada masalah moral berkaitan seks semuanya meletak jawatan.

Pemimpin di Turki, Indonesia,China, India hatta Russia sekalipun yang didedahkan mempunyai video seks atau skandal seks semuanya meletak jawatan.

Kecuali Anwar, beliau ketika didakwa atas tuduhan meliwat  pembantu sendiri pada Jun 2008, bukan meletak jawatan sebaliknya menyuruh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan beliau bertanding pilihanraya dan diangkat jadi ketua pembangkang.

Harus diingat, Anwar jadi ketua pembangkang selepas didakwa di mahkamah kali kedua berkaitan dengan tuduhan sama iaitu meliwat.

Kes ini adalah rekod, kali pertama di dunia, sebab di Amerika ketika Bill Clinton dituduh terlibat dengan skandal seks, Demokrat yang dipimpinnya kalah pilihanraya dan karier politik beliau diambil alih isterinya Hillary, yang kini merupakan Setiausaha Negara Amerika.

Kecuali Anwar, orang Utara kata terbalik kot, beliau dituduh ada skandal seks, isterinya pulak yang merupakan MP dan ketua pembangkang kena letak jawatan untuk beri laluan kepadanya.

Apa punya turrr....

Jadi apakah perlu Najib melayan orang yang begini, hendak berdebat sepentas dengan beliau, yang secara tidak langsung mengesahkan keabsahan Anwar sebagai pemimpin dengan kredibiliti, maruah dan moral yang setara?

Soal penyokong pembangkang boleh hidup dengan buat muka tebal ...itu soal mereka. Soal Anwar sendiri tidak malu itu masalah peribadinya, tetapi Najib sebagai pemimpin sebuah negara berdaulat perlu ada rasa malu untuk berdiri sepentas dengan orang yang dicurigai 'aktor porno' ini.

Siapa boleh lupa klip video dia dok kibas boxer putih lepas baik punya balun amoi itu...  

Ya ampunnnn....kata orang di tanah seberang, Indonesia.

Itu baru hujah kredibiliti dan moral belum lagi soal hujah kedudukan Anwar sebagai pemimpin yang dipilih secara demokratik.

Najib dipilih oleh ahli UMNO jadi  Presiden. Presiden UMNO dipilih oleh BN jadi Perdana Menteri, semuanya berdasarkan proses pemilihan yang dibuat berdasarkan sistem demokrasi.

Soalnya, macam mana Najib hendak berdebat dengan Anwar, dalam ruang demokratik, sedangkan fakta di depan mata ialah status quo Anwar yang tidak dipilih secara demokrasi.

Jawatan beliau tidak dipertandingkan, jawatan tertinggi dalam PKR adalah presiden, bukannya penasihat atau ketua umum.

Jadi apa locus standi Anwar hendak dakwa dirinya pemimpin sebuah parti  jika beliau tidak dipilih secara demokratik oleh ahli partinya sendiri?

Anwar dipilih jadi ketua pembangkang di Parlimen bukan sebab partinya mempunyai kerusi paling banyak, tetapi kerana PAS dan DAP yang melantiknya sebagai ketua kerana mereka tidak mempunyai pemimpin yang diterima kedua-dua pihak untuk jadi ketua.

Jumlah MP PKR yang menang 2008 adalah 31 orang, yang keluar parti jadi bebas lima orang, jadi 27 MP yang tinggal.

DAP menang 28 kerusi Parlimen dan kekal, PAS menang 24 kerusi Parlimen tambah satu di Kuala Terengganu yang dimenangi dalam pilihanraya kecil.

Atas kertas sekarang ketua pembangkang sepatutnya dari DAP, bukan PKR, tetapi sebab PAS dan DAP berbeza ideologi, dan akan bangkang jika dicadangkan makanya dipilih Anwar jadi orang tengah.

Sekali lagi dari segi demokrasi Anwar tidak ada locus standi untuk jadi ketua pembangkang kecuali kerana keterbatasan pemimpin dalam pakatan pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, ramai percaya, dengan segala pengalaman, rekod kerja, keyakinan diri, wawasan dan semangat setiakawan BN, Najib langsung tidak takut berdebat dengan Anwar.

Lebih melucukan semua orang tahu ketika pemilihan parti yang kononnya perjuangkan demokrasi sana sini dicemari dengan acara 'baling kerusi'.

Isteri jadi presiden, bekas pegawai sulit jadi timbalan presiden, anak dan peguam jadi naib presiden...

Apakah hina sangat Presiden UMNO untuk berdebat dengan pemimpin dari parti yang begini?

Lebih jauh dari itu Anwar yang hanya bijak bercakap bukan seorang yang 'walk the talk'.

Dia boleh janji bulan dan bintang hanya untuk dapat jawatan,dan kemudian dengan 'tebal muka' nya buat-buat lupa apa yang dijanjikannya.

Seperti yang jadi kepada penduduk Kampung Pala di Pulau Pinang,juga seperti fakta yang dibacakan oleh Khairy ketika menggulung debatnya.

"Jika pendidikan pra sekolah yang dalam manifesto PKR 2008 pun tidak dapat diberikan secara percuma selepas menang, janganlah janji pendidikan di peringkat lebih tinggi,"

Anwar hanya mahu menjadikan debat dengan Perdana Menteri bagi ' mengsucikan ' imej dan kredibiliti yang tercemar oleh dakwaan kebuasan nafsunya sendiri.

Siapa tidak mahu dapat duduk sepentas dengan Perdana Menteri untuk menjadi tatapan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa.

Sayang sikit tuan moderator itu tidak melihat dari aspek ini. Cabaran populis itu memang mudah menarik tepukan gemuruh. Semua suka tengok orang bertinju.

Ingat ungkap kata Inggeris : mirror...mirror ..on the wall. Elok sekali tuan moderator mengesyorkan agar Anwar jeling-jeling dulu pada cermin sebelum nak mengidam berentap atas pentas dengan Perdana Menteri .

Ini bukan takut...ini soal maruah.- 23/5/2012- OLEH HELME HANAFI

-Agenda Daily


Sumber: http://assassincyber.blogspot.com