Monday 21 May 2012

ALHAMDULIAH.. PARTI ADIK DAN ABANG AKHIRNYA MENCARI KATA SEPAKAT UNTUK BERMUZAKARAH..


TETAPI DALAM HAL INI TGNZ JANGANLAH MENCARI MASALAH DENGAN MENETAPKAN 2 SYARAT YANG DIKIRA TIDAK MASUK AKAL.. IKHLASLAH.. DALAM PERJUANGAN MU..

PETIKAN DARIPADA KATA2 MUFTI PERAK:

"Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka."

..................................................................................................................................................................


KUALA LUMPUR, 16 Mei — PAS hari ini menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh dan bukannya sekadar pandangan sebelah pihak.
Kenyataan itu dikeluarkan Mursyidul Am parti Islam tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) yang menyifatkan situasi semasa dilihat keadaan yang amat sesuai untuk mengadakan muzakarah terbabit.
“Isu muzakarah ini berlaku sejak pimpinan PAS diketuai oleh Datuk Asri Musa lagi, tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.
“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini.
Dipetik Harakah Online, Menteri Besar Kelantan itu menambah, muzakarah adalah fitrah manusia yang seringkali kerap berlaku bagi menrungkai sesuatu perkara.
“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, ertinya masing-masing mahu berhujah.
“Soal muzakarah memang PAS sudah lama hendak bermuzakarah dengan Umno, atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.
“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya lagi.
Dipetik Sinar Harian Online sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.
Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya muzakarah itu mencapai objektifnya dalam usaha menegakkan syiar Islam.
Beliau turut menegaskan perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam adalah satu perkara yang baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.
Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya ia lebih telus dantidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka.
 .................................................................................................................................................................

ALOR SETAR, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pemimpin tertinggi Pas perlu bermuzakarah terlebih dahulu dengan menetapkan pendirian mereka sebelum melaksanakan muzakarah antara Pas dan UMNO.
Katanya UMNO mahu semua pimpinan Pas menetapkan pendirian masing-masing bagi membolehkan muzakarah ini berjalan lancar.
Beliau berkata ketika ini semua pemimpin pembangkang tidak sehaluan apabila ada yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk muzakarah itu dan ada juga yang meletakkan syarat.
“Sudah jelas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin telah hulur salam perpaduan dan kami tidak letak titik noktah lagi,” katanya selepas Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata muzakarah tersebut adalah yang terbaik untuk perpaduan umat Islam.
“UMNO sentiasa tunggu jawapan daripada Pas untuk menentukan tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan muzakarah terbesar itu,” ujarnya.
.........................................................................................................................................................................................................................
KOTA BAHARU, 20 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Pas tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan UMNO, jika parti itu benar-benar ikhlas untuk berbincang.
Beliau berkata UMNO sudah lama menyatakan persetujuan untuk mengadakan muzakarah itu tetapi Pas sebaliknya meletakkan syarat tidak munasabah sehingga menggagalkan usaha tersebut.
“Nak berbaik seperti mengadakan muzakarah ini lebih baik jangan adakan syarat. Sepatutnya tidak ada syarat yang boleh menjejaskan pertemuan ini.
“Ini perkara baik dan perlu disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Yang penting adalah untuk melihat perpaduan dapat dijalinkan dengan baik,” katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Negeri Kelantan, di sini, Ahad.
Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustafa.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO, namun dengan syarat pokok persoalan muzakarah haruslah tertumpu mengapa menolak Islam.
Katanya kedua-dua parti Melayu beragama Islam itu perlu duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengeratkan perpaduan dan memperteguhkan Islam itu.
“Kita harus terbuka untuk mengadakan muzakarah ini. Bagi UMNO, ini adalah untuk kebaikan negara akhirnya,” kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sementara itu, Mustapa berkata cadangan untuk mengadakan debat terbuka menjelang pilihan raya umum bukanlah suatu perkara baru dan telah diamalkan sebelum ini.
“Debat terbuka ini sentiada diadakan dan akhirnya memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Mustapa berkata rakyat harus mengetahui betapa besarnya jasa kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.
“Rakyat hanya membayar kira-kira satu peratus sahaja caj perubatan kerana yang lainnya telah diberikan subsidi yang cukup besar,” katanya
Info bernama.
CS harap PAS ikhlas dalam perjuangan mereka. Tidak mencari masalah lain dalam isu ini. Inilah Harapan CS dalam melihat PARTI PAS dan UMNO  ini bersatu seperti diawal penubuhanya DULU.. Insya Allah. Aminn...

No comments:

Post a Comment

Hampa komen la apa pun. jangan sampai komen tuh terkeluar akidah dek kata-kata ampa sudah. komen membina lagi bagus. tak salah nak suarakan pendapat masing-masingkan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...