Wednesday 23 May 2012

PATUTKAH PM BERDEBAT DENGAN SI ANUAR?





Moderator debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN Selasa malam cuba cetus sensasi pada ulasan akhirnya. 

Apa lagi kalau bukan cabarannya  supaya dianjurkan debat antara "Najib dan Anwar" menjelang PRU ke 13.

Moderator Dr Maszlee Malik bahkan bertanyakan 'beranikah' Najib menyahut cabaran tersebut...

Apakah Najib takut berdebat dengan Anwar? Bunyi cakap moderator itu nampak menjurus ke situ.

Ini kerana Anwar sudah berkali-kali kata beliau sedia berdebat dengan Najib.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih halus sebenarnya ini bukan soal berani atau takut.

Soalan yang betul sepatutnya : Wajarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Hendak berdebat ini macam hendak bertanding tinju juga, mesti memenuhi syarat-syaratnya sebelum boleh kita atur pertandingan.
Apa syarat-syaratnya, pertama mesti ada dengan lawan yang bermaruah, punya kredibiliti khususnya dari segi  moral.

Kedudukan yang setara itu bukan soal pangkat semata tetapi lebih penting adalah kredibiliti, maruah diri dan penerimaan lawan masing-masing.

Rasanya soal yang tuan moderator itu patut renung-renungkan wajarkah Najib sebagai Perdana Menteri menerima cabaran dari seorang yang moralnya dipertikaikan?

Kalau ayat itu belum jelas...wajarkah Najib berdiri  sepentas berdebat dengan seorang yang dicurigai bintang porno yang video seksnya sudah disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Juga wajarkah Perdana Menteri berdebat dengan orang yang didakwa meliwat, dua kali di mahkamah terbuka dan mengambil pilihan membela diri tanpa bersumpah?

Fakta mahkamah jelas tertulis hitam putih Anwar bebas semata-mata kerana soal teknikal.

Itu baru soal moral dan kredibiliti, sebab jika di negara lain, termasuk Amerika Syarikat, pemimpin politik yang ada masalah moral berkaitan seks semuanya meletak jawatan.

Pemimpin di Turki, Indonesia,China, India hatta Russia sekalipun yang didedahkan mempunyai video seks atau skandal seks semuanya meletak jawatan.

Kecuali Anwar, beliau ketika didakwa atas tuduhan meliwat  pembantu sendiri pada Jun 2008, bukan meletak jawatan sebaliknya menyuruh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan beliau bertanding pilihanraya dan diangkat jadi ketua pembangkang.

Harus diingat, Anwar jadi ketua pembangkang selepas didakwa di mahkamah kali kedua berkaitan dengan tuduhan sama iaitu meliwat.

Kes ini adalah rekod, kali pertama di dunia, sebab di Amerika ketika Bill Clinton dituduh terlibat dengan skandal seks, Demokrat yang dipimpinnya kalah pilihanraya dan karier politik beliau diambil alih isterinya Hillary, yang kini merupakan Setiausaha Negara Amerika.

Kecuali Anwar, orang Utara kata terbalik kot, beliau dituduh ada skandal seks, isterinya pulak yang merupakan MP dan ketua pembangkang kena letak jawatan untuk beri laluan kepadanya.

Apa punya turrr....

Jadi apakah perlu Najib melayan orang yang begini, hendak berdebat sepentas dengan beliau, yang secara tidak langsung mengesahkan keabsahan Anwar sebagai pemimpin dengan kredibiliti, maruah dan moral yang setara?

Soal penyokong pembangkang boleh hidup dengan buat muka tebal ...itu soal mereka. Soal Anwar sendiri tidak malu itu masalah peribadinya, tetapi Najib sebagai pemimpin sebuah negara berdaulat perlu ada rasa malu untuk berdiri sepentas dengan orang yang dicurigai 'aktor porno' ini.

Siapa boleh lupa klip video dia dok kibas boxer putih lepas baik punya balun amoi itu...  

Ya ampunnnn....kata orang di tanah seberang, Indonesia.

Itu baru hujah kredibiliti dan moral belum lagi soal hujah kedudukan Anwar sebagai pemimpin yang dipilih secara demokratik.

Najib dipilih oleh ahli UMNO jadi  Presiden. Presiden UMNO dipilih oleh BN jadi Perdana Menteri, semuanya berdasarkan proses pemilihan yang dibuat berdasarkan sistem demokrasi.

Soalnya, macam mana Najib hendak berdebat dengan Anwar, dalam ruang demokratik, sedangkan fakta di depan mata ialah status quo Anwar yang tidak dipilih secara demokrasi.

Jawatan beliau tidak dipertandingkan, jawatan tertinggi dalam PKR adalah presiden, bukannya penasihat atau ketua umum.

Jadi apa locus standi Anwar hendak dakwa dirinya pemimpin sebuah parti  jika beliau tidak dipilih secara demokratik oleh ahli partinya sendiri?

Anwar dipilih jadi ketua pembangkang di Parlimen bukan sebab partinya mempunyai kerusi paling banyak, tetapi kerana PAS dan DAP yang melantiknya sebagai ketua kerana mereka tidak mempunyai pemimpin yang diterima kedua-dua pihak untuk jadi ketua.

Jumlah MP PKR yang menang 2008 adalah 31 orang, yang keluar parti jadi bebas lima orang, jadi 27 MP yang tinggal.

DAP menang 28 kerusi Parlimen dan kekal, PAS menang 24 kerusi Parlimen tambah satu di Kuala Terengganu yang dimenangi dalam pilihanraya kecil.

Atas kertas sekarang ketua pembangkang sepatutnya dari DAP, bukan PKR, tetapi sebab PAS dan DAP berbeza ideologi, dan akan bangkang jika dicadangkan makanya dipilih Anwar jadi orang tengah.

Sekali lagi dari segi demokrasi Anwar tidak ada locus standi untuk jadi ketua pembangkang kecuali kerana keterbatasan pemimpin dalam pakatan pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, ramai percaya, dengan segala pengalaman, rekod kerja, keyakinan diri, wawasan dan semangat setiakawan BN, Najib langsung tidak takut berdebat dengan Anwar.

Lebih melucukan semua orang tahu ketika pemilihan parti yang kononnya perjuangkan demokrasi sana sini dicemari dengan acara 'baling kerusi'.

Isteri jadi presiden, bekas pegawai sulit jadi timbalan presiden, anak dan peguam jadi naib presiden...

Apakah hina sangat Presiden UMNO untuk berdebat dengan pemimpin dari parti yang begini?

Lebih jauh dari itu Anwar yang hanya bijak bercakap bukan seorang yang 'walk the talk'.

Dia boleh janji bulan dan bintang hanya untuk dapat jawatan,dan kemudian dengan 'tebal muka' nya buat-buat lupa apa yang dijanjikannya.

Seperti yang jadi kepada penduduk Kampung Pala di Pulau Pinang,juga seperti fakta yang dibacakan oleh Khairy ketika menggulung debatnya.

"Jika pendidikan pra sekolah yang dalam manifesto PKR 2008 pun tidak dapat diberikan secara percuma selepas menang, janganlah janji pendidikan di peringkat lebih tinggi,"

Anwar hanya mahu menjadikan debat dengan Perdana Menteri bagi ' mengsucikan ' imej dan kredibiliti yang tercemar oleh dakwaan kebuasan nafsunya sendiri.

Siapa tidak mahu dapat duduk sepentas dengan Perdana Menteri untuk menjadi tatapan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa.

Sayang sikit tuan moderator itu tidak melihat dari aspek ini. Cabaran populis itu memang mudah menarik tepukan gemuruh. Semua suka tengok orang bertinju.

Ingat ungkap kata Inggeris : mirror...mirror ..on the wall. Elok sekali tuan moderator mengesyorkan agar Anwar jeling-jeling dulu pada cermin sebelum nak mengidam berentap atas pentas dengan Perdana Menteri .

Ini bukan takut...ini soal maruah.- 23/5/2012- OLEH HELME HANAFI

-Agenda Daily


Sumber: http://assassincyber.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Hampa komen la apa pun. jangan sampai komen tuh terkeluar akidah dek kata-kata ampa sudah. komen membina lagi bagus. tak salah nak suarakan pendapat masing-masingkan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...